Halaman

Selasa, 6 September 2011

Pampasan RM200,000 untuk keluarga Noramfaizul

MALAYSIA HARMONI

KUALA LUMPUR - Keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia akan menerima pampasan sebanyak RM200,000 di bawah perlindungan insurans yang dibeli oleh Kelab Putera 1Malaysia.

“Kami turut menamakan salah sebuah kem kemanusiaan kelab tersebut di Somalia sempena nama Noramfaizul,” kata Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Noramfaizul terkena tembakan curi ketika melakukan liputan misi kemanusiaan di negara itu.

“Saya sudah berhubung dengan ibu bapa Noramfaizul mengenai perkara ini sebaik saja kami bertemu Ahad lalu," kata Abdul Azeez dalam sebuah rancangan bual bicara pagi di stesen televisyen kebangsaan hari ini.

Turut ditemu bual bersama beliau ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.