Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan berkata beliau bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan Malaysia dapat dikaji dan ditulis semula secara ilimiah dan beradab.
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Selangor mahu pihak sejarahwan campurtangan dalam mendesak kerajaan agar isu kemerdekaan dibicarakan secara terbuka dan telus berdasarkan kajian dan ilmu yang dibuat oleh mereka.
Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan berkata beliau bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan Malaysia dapat dikaji dan ditulis semula secara ilimiah dan beradab.
Ini menurut Hasbullah sejarah kemerdekaan Malaysia masih banyak kelompongan fakta yang perlu diperbaiki terutama membabitkan perjuangan tokoh-tokoh agamawan yang telah mempelopori gerakan kebangkitan rakyat melawan penjajah.
Disebabkan hal itu maka beliau mahu pihak kerajaan juga perlu menyediakan pentas untuk perbincangan ilmiah secara langsung membabitkan pihak sejarahwan,Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
“Umno-BN cuba meraih simpati politik murahan di atas isu yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PAS berkenaan hari kemerdekaan dan tragedi Bukit Kepong, dengan menunjukkan bahawa merekalah hero yang sebenarnya mempertahankan ketuanan Malaysia dan menuduh Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara tanpa memberika ruang untuk Pakatan Rakyat menjawab balas.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya bahawa Timbalan Presiden PAS mempunyai hujah dan fakta yang kukuh serta bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang beliau keluarkan. Masyarakat kini melihat seolah-olah sejarah kemerdekaan ini seperti sejarah UMNO semata-mata tanpa membabitkan tokoh yang lain.
Tokoh ulamak
“Tokoh-tokoh ulamak seperti Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau dan Datuk Bahaman di Pahang selain Ustaz Abu Baqar Basyir, Dr. Burhanuddin Al Helmi juga merupakan pahlawan yang melawan penjajah di zaman masing-masing yang telah dinafikan hak mereka sebagai tokoh kemerdekaan negara.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan Malaysia dapat dikaji dan ditulis semula secara berilmiah dan beradab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya rakyat kini semakin bijak dan bermaklumat dan akan menerima penghujahan yang berdasarkan fakta tepat dan sahih.
Beliau berkata Umno-BN tidak dapat memperbodohkan rakyat dengan hujah emosi dan alasan yang tidak bersandarkan fakta memandangkan mereka yang menyeleweng fakta sejarah negara.
“Umno-BN sentiasa mempergunakan isu hari kemerdekaan ini untuk mempengaruhi, menakutkan dan mengancam rakyat supaya tidak menolak mereka. Umno-BN sentiasa memomokkan kepada rakyat bahawa hanya mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan negara sedangkan sejarah yang sebenarnya menukilkan bahawa Umno adalah sebenarnya ‘alat kepada penjajah’,” dakwa beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan