PAHANG DAILY
KUANTAN - Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato' Mohamad Ubaidillah digesa mengarahkan anak buahnya menyiasat tindakan sebuah pusat hiburan yang telah menganjurkan satu "pesta maksiat" di premis mereka baru-baru ini.
Difahamkan, dengan tawaran sebanyak RM600 dan sebotol minuman keras maka beberapa orang wanita Melayu yang kononnya beragama Islam berusia antara 15 hingga 18 tahun telah sanggup menjual maruah masing-masing.
Kejadian berlaku di pusat hiburan ala "Miami Beach" yang terletak di Beserah itu benar-benar memalukan dan telah menjatuhkan imej agama Islam itu sendiri. Ini kerana mereka rela membuat aksi ghairah dengan menari sambil berbogel untuk mendapatkan tawaran hadiah berkenaan.
Kejadian yang berlaku pada 17 November itu, dipercayai satu pertandingan yang memberi peluang kepada mana-mana perserta yang berjaya mendapatkan perhatian penonton dengan sorakan tertinggi. Ia adalah satu pertandingan dimana peserta dikehendaki menari secara bebas, berpakaian seksi dan menghairahkan untuk mendapat markah tertinggi.
Walau pun hadiahnya sekadar RM600 dan sebotol minuman keras, namun dua puluh orang peserta yang majoritinya berbangsa Melayu telah memberanikan diri untuk menyertai tarian separuh bogel itu. Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal tentukan mereka akan menang atau pun sebaliknya.
[Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena ‘Lady’s Nite’ dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50. Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.Difahamkan, dengan tawaran sebanyak RM600 dan sebotol minuman keras maka beberapa orang wanita Melayu yang kononnya beragama Islam berusia antara 15 hingga 18 tahun telah sanggup menjual maruah masing-masing.
Kejadian berlaku di pusat hiburan ala "Miami Beach" yang terletak di Beserah itu benar-benar memalukan dan telah menjatuhkan imej agama Islam itu sendiri. Ini kerana mereka rela membuat aksi ghairah dengan menari sambil berbogel untuk mendapatkan tawaran hadiah berkenaan.
Kejadian yang berlaku pada 17 November itu, dipercayai satu pertandingan yang memberi peluang kepada mana-mana perserta yang berjaya mendapatkan perhatian penonton dengan sorakan tertinggi. Ia adalah satu pertandingan dimana peserta dikehendaki menari secara bebas, berpakaian seksi dan menghairahkan untuk mendapat markah tertinggi.
Walau pun hadiahnya sekadar RM600 dan sebotol minuman keras, namun dua puluh orang peserta yang majoritinya berbangsa Melayu telah memberanikan diri untuk menyertai tarian separuh bogel itu. Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal tentukan mereka akan menang atau pun sebaliknya.
Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit. Paling mengejutkan, peserta bukan sahaja berasal dari Kuantan, malahan ada juga yang datang dari Maran dan Kemaman.
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa memperbanyakkan lagi rondaan untuk membenteras adengan sebegini pada masa akan datang. Apa yang jelas, ternyata generasi muda Melayu kini kian rosak akibat daripada sistem pemerintahan yang tidak berpaksikan Islam sepenuhnya.
Jika inilah keadaannya, lama kelamaan mereka akan terus hanyut dan alpa dengan kehidupan duniawi dan lupa kepada akhirat. Maka itulah, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan perkara sebegini agar ia dapat dihindari pada masa yang akan datang hendaknya].


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.