MALAYSIA KINI
Menyangkal dakwaan pembangkang mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP), Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) berkata jutaan rakyat Malaysia akan lebih miskin tanpa ETP.
Bercakap kepada Malaysiakini, Penganalisis PEMANDU, Marc Fong berkata, walaupun benar bahawa kira-kira tujuh juta rakyat Malaysia akan mendapat pendapatan kira-kira RM1,500 pada 2020, tetapi menurutnya, tanpa ETP, mereka akan memperolehi pendapatan lebih kurang daripada itu.
memperolehi angkanya dari situ.
"Apa yang kita katakan ialah ya, tujuh juta akan memperolehi sekitar jumlah tersebut pada 2020, tetapi akan ada perubahan yang positif dalam kurungan pendapatan," kata Fong.
Menurut pelan hala tuju itu, 600,000 orang yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 hari ini, akan mendapat lebih banyak pada 2020.
Sebagai tambahannya, satu juta akan memperolehi pendapatan RM1,000 hingga RM2,000 pada 2020, berbanding dengan 2009, manakala lebih ramai lagi dijangka meraih pendapatan ke atas RM2,000 berbanding sebelumnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, seorang lagi penganalisis PEMANDU, Salina Salleh menambah, dakwaan Anwar (kanan) bahawa ETP akan mengakibatkan tambahan 1.7 juta rakyat Malaysia termasuk dalam golongan miskin pada 2020 adalah "mengelirukan".
"Ia bukan sahaja mengelirukan, tetapi tidak bertanggungjawab untuk memfokuskan kepada dua golongan berpendapatan terendah itu, tanpa mengambil kira kenaikan menyeluruh, termasuk golongan berpendapatan yang lebih tinggi," katanya.
Dalam satu forum minggu lalu, Anwar berkata, lebih ramai rakyat Malaysia akan menjadi miskin di bawah ETP, kerana pendapatan yang diunjurkan tidak mengambil kira kadar gaji tahunan dan inflasi semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.