Shahrin Azam |
JASIN: Dewan Pemuda PAS Melaka menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan dengan membiaya peralatan persekolahan kepada 120 orang kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di sekitar Jasin. Usaha itu dibuat rentetan daripada kos sara hidup yang semakin tinggi, di samping keperluan mendesak keluarga untuk menyara anak-anak mereka yang lain bagi memasuki musim persekolahan 2012 nanti. Mereka terdiri daripada buruh kasar, petani, nelayan dan warga emas. Program yang dianjurkan bersama UPU Merlimau Pasir itu dibuat secara berperingkat. Bermula dengan sumbangan kepada 40 orang kanak-kanak yang dibawa ke pasaraya di bandar Muar dan diikuti kumpulan kedua yang dibawa ke pasaraya di sekitar bandar Jasin. Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah mengetuai program kebajikan itu (gambar). Turut hadir adalah kepimpinan Pemuda PAS negeri Melaka dan Pemuda PAS Kawasan Jasin. Konsep program merakyat kerana kanak-kanak itu dibawa terus ke pasaraya untuk membeli pakaian dan kasut. Manakala beg sekolah dan alat tulis diberikan terus ke rumah mereka. Program seumpama itu diharap dapat merapatkan ukhuwah antara masyarakat dengan PAS selain menjadi contoh teladan kepada masyarakat untuk terus menyumbang kepada golongan yang memerlukan. |
Halaman
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.