Halaman

Jumaat, 27 Januari 2012

PAC tunggu SPRM, polis selesai siasat NFC

MALAYSIA KINI
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid berkata keputusan jawatankuasa parlimen itu untuk melewatkan siasatan terhadap masalah yang menyelubungi Pusat Fidlot Kebangsaan adalah wajar.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidAzmi (kiri) bersetuju bahawa ia adalah pendapatnya bahawa PAC
perlu menghentikan sekejab prosiding siasatannya sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - yang juga memulakan siasatan sekitar masa yang sama - menyelesaikan siasatan mereka.

"Ia adalah perkara biasa bagi PAC untuk melewatkan siasatan sehingga agensi-agensi berkaitan yang lain menyiapkan tugas mereka, kerana ia melibatkan orang dan dokumen yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala ketika dihubungi Malaysiakini, Khalid yang juga ahli parlimen Padang Besar berkata, itu tidak bermakna PAC menutup kes tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa terdapat kes-kes di mana saksi tidak mahu memberi maklumat atas nasihat peguam mereka, kerana bimbang ia subjudis.

NONEMenurutnya lagi, mana-mana anggota PAC boleh meminta pendengaran dijalankan dengan membuat permintaankepada pengerusinya.

Azmi berkata demikian sebagai menjawab gesaan ahli parlimen DAP
Ipoh Timur, Lim Kit Siang (kanan), yang mahu beliau meletak jawatan kerana menghentikan siasatan PAC terhadap isu tersebut.

Sambil menggesa Azmi supaya "tidak menjadi penghalang", Lim bertegas bahawa PAC perlu menyambung semula siasatan dan menyiapkan laporan supaya dapat dibentangkan di sidang Dewan Rakyat Mac ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.