HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Januari 2012

'Road Tour' Hasan Ali Kosong Intipati

Tun Izhalmi Ishak

alt

SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Abdul Samad memberitahu kehadiran lebih 1,500 orang ramai dalam siri jelajah ceramah bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah menggugat parti tersebut.

Beliau berkata maklumbalas dari akar umbi Pas yang hadir pada ceramah tidak menunjukkan berlaku sebarang anjakan sokongan terhadap Pas semakin luntur. Bahkan menurut Khalid, ceramah tersebut hanya dihadiri oleh ahli UMNO, Perkasa dan sebilangan kecil penduduk setempat.

"Ramai yang hadir hanya sekadar hendak mendengar ceramahnya dan bukannya putar belit beliau," kata Khalid.

Beliau turut membangkit persoalan mengapa isu kritik parti hanya ditimbulkan oleh Hasan Ali setelah beliau disingkirkan dari parti. Khalid turut mempertikaikan tindakan Hasan Ali yang tidak bersuara sedemikian rupa sewaktu beliau masih berada dalam jawatankuasa Pas Pusat.

Tiada ulasan: