Sebenarnya sudah memang tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat di mana-mana kerajaan sekalipun. Dalam erti kata lain juga memberikan sumbangan subsidi kerajaan kepada rakyat.
Apatah lagi, subsidi kerajaan sekarang ini sebenarnya adalah duit rakyat, duit pembayar cukai dan kerajaan menggunakan duit & menguruskannya untuk pulangkan semula dengan menanggung subsidi untuk rakyat.
- Adakah kerajaan menggunakan duit sendiri untuk memberikan sumbangan subsidi kepada rakyat? Atau…
- Sebenarnya rakyat yang menggunakan duit sendiri untuk menikmati apa yang dinamakan “subsidi”
Kenyataan & Peringatan Menteri Tentang Tanggung Subsidi Kerajaan Ketika Ini?
Kerajaan dijangka menanggung bebanan subsidi berjumlah RM18.92 billion bagi barang-barang kawalan bersubsidi pada tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya daripada jumlah itu, sebanyak RM17 billion diperuntukkan untuk subsidi bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), RM1.2 bilion (minyak masak), RM567 juta (gula) dan selebihnya untuk tepung gandum.
“Pada tahun 2010, kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM17 billion bagi subsidi tersebut, dan subsidi untuk barang kawalan dijangka terus meningkat tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada 300 penduduk kaum India dan Cina di kawasan Parlimen Bera di sini, Jumaat.
Ismail Sabri berkata peningkatan subsidi itu adalah kerana senario kenaikan harga yang turut berlaku di seluruh dunia ketika ini.
“Antara faktor kenaikan harga barangan itu ialah peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus sedangkan pengeluaran makanan dunia hanya meningkat sebanyak satu hingga dua peratus sahaja,” katanya.
Selain itu, katanya keadaan cuaca tidak menentu seperti kemarau berpanjangan dan kejadian bencana alam lain menyebabkan pengeluaran barangan makanan terjejas di beberapa negara pengeluar utama. Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa berusaha memastikan rakyat di negara ini tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan.
“Kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan harga barangan keperluan seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, petrol RON95, diesel dan gas LPG sentiasa terkawal dan stabil,” katanya
Apalah sangat datuk dengan duit subsidi kerajaan itu yang dikatakan datuk sehingga berjumlah RM18.92 billion jika nak dibandingkan dengan :
- Subsidi IPP yang berjumlah RM19 billion setiap tahun yang “dianugerahkan” oleh kerajaan kepada taikun-taikun Malaysia ini
- Jumlah kehilangan wang negara yang berjumlah akibat aliran keluar wana negara secara haram yang sudah pun mencecah RM1,ooo,ooo,ooo,ooo (RM 1 trillion) sepanjang tahun 2000-2009
- Kelemahan pengurusan kerajaan yang ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara sehingga negara kerugian sekitar RM28 billion setiap tahun
- Peruntukkan RM67 juta untuk membaiki rumah rasmi Perdana Menteri?
- Lagi? Anda boleh sambung sendiri di ruangan komen di bawah…….
Mengapa tidak RM18.92 Billion setahun untuk rakyat? Malah bagi kami, sepatutnya pembahagian bantuan kepada rakyat perlu dipertingkatkan lagi. Negara pernah rugi dan tidak akan rugi jikalau membantu rakyatnya tetapi negara akan rugi jikalau penyelewangan dan penyalagunaan kuasa dibiarkan terus berleluasa.
Jadi, harapan kamilah supaya Datuk Sabri telah tumpukan atau membantu menggerakkan kerajaan sekarang untuk lebih memfokuskan usaha-usasa untuk mengurangkan sebahagian daripada “beban-beban penyelewengan” yang kami senaraikan seperti di atas tadi yang mana sedang dipikul negara dan rakyat setakat ini. Usah lagi kerap menumpukan & meletakkan masalah selama ini yang dihadapi negara kepada rakyat seperti kami yang menggunakan subsidi kerajaan. Tetapi…..
Tetapi, jikalau kerajaan berjaya menguruskannya masalah – masalah di atas dengan baik, negara bukan sahaja dapat mengurangkan beban hutang Malaysia yang telah mencecah RM437.2 billion iaitu bersama 52.7% KDNK negara, malah kerajaan dapat menyalurkan lebih bantuan bantuan, subsidi dan juga mempunyai lebihan bajet (surplus budget) berbanding bajet defisit yang diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2012 pada Oktober tahun lalu.
P/S : Kami serahkan bola tangung ini (persoalan-persoalan) ini untuk kerajaan untuk melakukannya dengan sebaik mungkin. Apa pandangan anda kewajaran rakyat mengunapakai subsidi kerajaan walaupun ketika ini negara dibebani dengan hutang yang tinggi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.