Ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah percaya bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia Tan Sri Tajudin Ramli mungkin ‘memegang seseorang yang amat berkuasa dalam kerajaan" kerana tiada pertuduhan jenayah dikenakan terhadapnya dan malah, beliau berjaya memperolehi penyelesaian luar mahkamah.
"Siapakah orang yang begitu pengaruh ini dalam kerajaan Malaysia, kemungkinan besar dalam kabinet? Tajudin mampu mencengkam kukuh sehingga beliau boleh lakukan semua ini?
"Dua orang yang boleh membantu kita menjawab soalan ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, yang sering dilaporkan media memperkatakan mengenai penyelesaian itu," katanya.
Katanya lagi, mengikut laporan MASKargo kepada SPRM, Idris juga ada memberi taklimat kepada perdana menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai salah laku yang didakwa dilakukan oleh Tajudin pada tahun yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan