Halaman

Isnin, 13 Februari 2012

Bantuan RM500 1Malaysia (BR1M) & Bantuan RM100 (Persekolahan) Akan Diteruskan Jika BN Menang?

Staff Berita Semasa

bantuan rm500 Bantuan RM500 1Malaysia (BR1M) & Bantuan RM100 (Persekolahan) Akan Diteruskan Jika BN Menang?


Nampaknya masih ramai lagi yang kami dapati yang memohon tidak mengetahu status permohonan mereka melibatkan bantuan RM500 1Malaysia ini. Adakah anda orangnya. Walaubagaimanapun, kerajaan mengatakan masalah tersebut akan diatasi secepat mungkin….dan dalam pada masa yang sama memberikan “bayang” bantuan seperti ini akan diteruskan setiap tahun….

Bantuan RM500 1Malaysia Akan Diteruskan Setiap Tahun Jika…

IPOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bantuan RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata bantuan RM500 secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini.

“Tak menjadi masalah (beri bantuan setiap tahun), kalau keadaan ekonomi kita tumbuh dengan pesat dan kita berpeluang untuk memerintah negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan bayaran RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah sebagai satu program tahunan. Terdahulu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merasmikan program seminar transformasi keusahawanan Mara di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, Ahad.

Mengulas lanjut, Shafie berkata bantuan yang diberikan kerajaan itu tidak mengira kaum sebagai usaha membantu rakyat golongan miskin.

Ini (bantuan RM500 1Malaysia) bukan bermotifkan politik, kita beri bantuan kepada rakyat yang berhak menerimanya. Lagipun duit kerajaan mencukup untuk biayai skim ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kelewatan rakyat di Sabah menerima bantuan BR1M, Shafie berkata ia tidak dapat dielakkan berikutan kawasan yang sepatutnya menerima bantuan itu terletak di kawasan pedalaman.

“Kawasan (yang terima bantuan) jauh bukan mudah untuk bawa jumlah wang yang besar bawa ke tempat yang terpencil. Bagaimanapun kita akan laksanakan dan diharap penerima dapat bersabar,” katanya.

Win Movie Tickets now! Just click and answer an Easy Survey

Tambahnya lagi, bantuan itu akan disalurkan kepada mereka yang layak sehingga April depan dan rayuan masih terbuka bagi pemohon yang gagal terpilih menerima wang tunai RM500. – BERNAMA

Cuma cadangan kami kepada pihak kerajaan ubahlah mekanisme berbanding “kaedah konvensional” yang digunapakai setakat ini bagi menyerahkan bantuan RM500 tersebut kepada penerimanya dengan cara :

  • sewa kanopi
  • bayar elaun perjalanan ahli parlimen Barisan Nasional
  • perbelanjaan dekorasi semasa diadakan majlis penyerahan oleh ahli parlimen Barisan Nasional
  • replikasi RM500
  • diadakan majlis penyerahan
Kami tidak merasakan perlunya diadakan majlis-majlis penyerahan seperti itu. Bukankah itu melibatkan kos-kos tambahan yang sepatutnya boleh dielakkan sebenarnya.

“Mengapa mesti menyusahkan diri, sedangkan ada cara yang lebih mudah daripada itu? “

Ini kerana ia juga melibatkan angka penerima yang agak ramai. Apabila kami melihatkan senaraian kalangan pembaca Berita Semasa melalui laporan berita Semakan Keputusan Permohonan BR1M RM500, masih ramai lagi mengalami masalah untuk mengetahui samada status permohonan mereka diterima tau tidak menyebabkan mereka terus tertunggu-tunggu sehingga ke hari ini. Apatah lagi nak mendapatkan cek RM500, jauh sekali.

bantuan rm500 1malaysia Bantuan RM500 1Malaysia (BR1M) & Bantuan RM100 (Persekolahan) Akan Diteruskan Jika BN Menang?

Ada satu aduan yang kami terima secara terus yang mana proses untuk menerima bantuan RM500 1Malaysia ini agak menyulitkan dan kami ingin kongsikan di sini :

  1. Mula-mula sekali seperti yang diketahui beliau mesti mendaftar di LHDN
  2. Dalam masa 2 minggu dah dapat surat pemberitahuan yang mana permohonan bantuan RM500 1Malaysia telah pun berjaya. Kemudian dalam surat tersebut mengkehendaki beliau pergi ke Pejabat Daerah. Dalam pada masa yang sama beliau membawa jirannya yang merupakan bapa tunggal.
  3. Sampai sahaja di Pejabat Daerah tersebut, mereka beranggapan akan mendapat bantuan RM500 1Malaysia tersebut. Tetapi malangnya kedatang mereka ke sana hanya bertujuan untuk mengisi borang sahaja.
  4. Tak cukup lagi setakat itu sahaja. Mereka dikehendaki pergi ke Pejabat UMNO di Majidee berjumpa dengan Dato Shahril
  5. Sampai sahaja di sana, Dato Shahril berucap dan mereka mendengar ucapan tersebut, kemudian barulah mereka mendapat bantuan RM500 1Malaysia tersebut.
  6. Akhir sekali mereka dikehendaki pergi ke bank dan untuk tunaikan cek bantuan RM500 tidak boleh sebarangan. Hanya bank-bank terpilih sahaja yang dibenarkan
  7. Inilah harga yang perlu dibayar semata-mata untuk mendapatkan bantuan RM500 1Malaysia

Ini membuatkan kami terfikir bagaimana agaknya, makcik/pakcik yang tiada kenderaan. Bukankah ini menyusahkan kena pergi satu tempat ke satu tempat?

Mungkin selepas ini kerajaan patut menyediakan portal BR1M yang boleh memberikan kemudahan kepada pemohon bagi membuat semakan permohonan mereka daripada masa ke semasa.

P/S : Pemberian Bantuan RM500 1Malaysia satu langkah yang baik daripada pihak kerajaan, tetapi mekanisme yang digunapakai semasa pemberian & pengagihan kepada penerimanya agak canggung. Harap diperbetulkan pada masa-masa yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.