HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Februari 2012

Dalang Dakwa IGP Meninggal Dunia Sudah Dikesan

Post Pic

ANTARA POS.COM


MELAKA : Polis percaya dapat menahan dalang di sebalik penyebaran khabar angin yang menyatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meninggal dunia, dalam tempoh terdekat ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah menemui petunjuk baru dan sedang mengenalpasti suspek utama kes itu.
"Kami masih mengesan pemula (dalang) khabar angin itu....dalam tempoh terdekat, polis akan buat tangkapan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.
Khabar angin kononnya Ketua Polis Negara meninggal dunia ketika membuat lawatan kerja di London tersebar di laman sosial Facebook dan khidmat SMS
baru-baru ini.
Berikutan itu, dua pemuda berusia 20-an ditahan di Pulau Pinang dan Ipoh dan diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu sebelum mereka dibebaskan.

Tiada ulasan: