MALAYSIA KINI
Pua, dalam satu kenyataan hari ini, memetik mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang menyatakan bahawa pinjaman berkenaan hanya boleh digunakan khusus untuk tujuan yang ditetapkan.
"Pada mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam, berhubung skandal NFC pada 23 November, 2011, pegawai kanan Kementerian Kewangan (MOF) amat khusus dalam mengatakan bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, selain dari yang dinyatakan. Juga yang pasti adalah tiada peruntukan pinjaman boleh digunakan bagi 'pelaburan' hartanah.
"Pegawai kanan Kementerian Kewangan itu juga menjelaskan bahawa tujuan bagi setiap pengeluaran wang hendaklah dinyatakan dengan jelas.
"Apabila disoal lanjut, pegawai berkenaan juga mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan yang menyediakan kemudahan pinjaman mudah RM250 juta itu tidak pernah menerima permohonan untuk membeli sebarang hartanah," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Wan Shahinur berulangkali mempertahankan syarikatnya yang menggunakan dana kerajaan membeli hartanah yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu. Dakwanya, tindakan itu satu "pelaburan" dan berkata, perjanjian pinjaman tidak melarang pelaburan hartanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan