MALAYSIA KINI
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mencontohi Perbadanan Penyiaran British (BBC) dan memohon maaf kepada rakyat kerana "memalukan negara".Beliau mengulas kenyataan media BBC World News hari ini yang disiarkan di seluruh dunia bagi memohon maaf kerana menyiarkan program-program yang kandungan editorial telah ‘ditaja’ oleh pihak yang berkepentingan.
Menurut BBC "sebilangan kecil" program-program yang disiarkan di BBC World News antara Feb 2009 dan Julai 2011, melanggar peraturan dalaman yang bertujuan melindungi integriti editorial. Ini termasuk lapan program yang disiarkan mempunyai “hubungan kewangan” dengan kerajaan Malaysia.
Antara lain, dokumentari yang diterbitkan memberikan gambaran yang positif mengenai industri kelapa sawit Malaysia dan layanan istimewa terhadap orang asli di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan