Halaman

Isnin, 13 Februari 2012

Deraf Akta Sewa Beli Islam kini di peringkat akhir

MALAYSIA KINI
Draf akta sewa beli mengikut syariah Islam kini di peringkat akhir, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ismail sabri universiti malaya 161111Katanya, penyediaan draf itu mengambil kira pendapat pakar ekonomi Islam, pensyarah universiti, pemimpin persatuan penguna Islam dan contoh perundangan Islam dari luar negara.

"Akta baru yang akan dikenali sebagai Akta Sewa Beli Islam ini perlu bagi membezakan ciri-ciri sewa beli Islam di mana ia berlainan dengan sistem sewa beli konvensional.

"Ia juga perlu supaya tidak timbul kekeliruan dari segi perundangan apabila timbul masalah antara institusi kewangan dan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Bakal Haji Daerah Bera di Majid Darulfikri di Bera hari ini.

Selain itu, katanya, kementerian juga akan memperkenalkan satu akta untuk pajak gadai Islam yang akan dikenali sebagai Akta Gadaian Islam atau Ar-Rahnu.

"Ar Rahnu juga belum mempunyai aktanya sendiri dan kini masih mengguna pakai dan tertakluk kepada peraturan gadaian konvensional.

"Sedangkan urus niaga atau sistem kedua-dua gadaian ini juga berbeza, di mana konsep Ar Rahnu tidak ada berlaku rampas (lelap) terhadap barang yang digadai apabila pengguna gagal membayar wang untuk menebus semula barang yang digadai mengikut jadual,” katanya. Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.