Terhadap tindakan Datuk Seri Azizan Razak menggunakan Auku terhadap Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
KOTA BARU: PAS didakwa lemah dalam menangani isu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak terhadap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sehingga mencetuskan kemarahan Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chow berkata, biro penerangan PAS lemah menangani isu tersebut.
Sepatutnya, biro penerangan menjelaskan isu itu dengan segera sebelum mencetuskan kemarahan orang ramai.
Katanya, sebagai Menteri Besar, Azizan mempunyai sebab untuk mengeluarkan kenyataan sedemikan rupa.
“Masalah berlaku kerana penerangan PAS terhadap isu itu tidak cukup, ini menyebabkan orang marah.
“Saya nampak biro penerangan PAS yang diketuai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini lemah,” katanya.
Rela dipecat
Pakatan Rakyat dikatakan kecewa tindakan Azizan kerana menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan.
Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda.
Bagaimanapun, Azizan mempertahankan tindakannnya dan rela dipecat.
PAS Pusat akan memanggil Azizan untuk mendapatkan penjelasan dalam isu Kuin itu.
kenapa salahkan Biro Penerangan PAS. masalah tu bukan parti ka.
BalasPadamkenapa salahkan Biro Penerangan PAS.masalah tu bukanlah masalah parti.
BalasPadam