Jimadie Shah Othman
Felda hari ini menganjurkan program penerangan terbesar berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) terhadap lebih 1,300 pemimpin tanah rancangan itu di seluruh negara, yang dilihat bagi meredakan kebimbangan peneroka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, majlis kira-kira 2 jam 30 minit di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur itu melibatkan ketua-ketua utama daripada 317 tanah rancangan seluruh negara.
"Kalau tumbang mereka ini, tumbanglah Felda," kata Ahmad merujuk kepada lima tonggak utama Felda di tanah rancangan termasuk ketua peneroka, ketua penerokawati, ketua pemuda, pengurus rancangan dan pegawai kanan.
Menurut Ahmad (kiri), penjelasan hari ini paling komprehensif dan lebih meyakinkan berbanding sebelum ini yang menghadapi keadaan terdapat fakta yang belum boleh diumumkan ketika itu.
Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review tidak dibenarkan mengikuti sesi tersebut yang julung-julung kalinya diadakan itu.
Mengulas kebimbangan Felda hilang kepentingan melalui penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, Ahmad mengumumkan penubuhan Felda Asset Holding Company (FAHC) bagi mengawal dan memastikan 37 peratus sahamnya tidak dijual sewenang-wenangnya.
Beliau percaya, cadangan itu akan diluluskan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang akan bermesyuarat pada 22 Februari ini. KPF kini memiliki kepentingan 51 peratus daripada RM3 bilion permodalan pasaran Felda.
"Harap perwakilan terima. Kalau tak terima, kita akan gunakan kaedah lain. Tetapi saya yakin terima. Sebahagian perwakilan pun sekarang ada dalam dewan ini (semasa sesi penerangan)," katanya.
Permodalan pasaran RM21 bilion lepas disenarai
Selepas penyenaraian, tambah Ahmad lagi, FAHC akan memiliki 37 peratus kepentingan bagi pihak KPF dengan anggaran permodalan pasaran RM21 bilion.
Ahli lembaga FAHC terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Felda, FGVH dan KPF.
Ia akan menjawab langsung kepada menteri bertanggungjawab, iaitu Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Sementara itu, ditanya tentang dakwaan bahawa sebahagian besar daripada 23,000 kakitangan Felda tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH, Ahmad berkata, jika berlaku pun hanya di peringkat tertentu.
"Kalau tak setuju pun bermula daripada (peringkat) pengurusan tertentu. Tapi tadi semua pengurusan tertinggi setuju. Kalau perlu kita panggil staf, saya akan panggil," katanya yang juga anggota parlimen Pontian.
Ditanya sama ada suara-suara itu mula kedengaran, Ahmad berkata ia berpunca daripada beberapa perkara tidak jelas sebelum ini kerana perkara itu masih dalam proses, berbeza dengan sekarang apabila 90 peratus sudah selesai.
"10.25 (pagi) saya masih lagi bincang dengan pengurusan tertinggi tentang slaid-slaid (untuk pembentangan) itu. Tuan-tuan boleh bayangkan.
"(Program) Mula tadi 10.30, jadi sangat semasa apa yang saya sampaikan, termasuk Felda Asset (Holding Company) yang tak pernah diumum di mana-mana tadi baru dengar," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.