Halaman

Khamis, 2 Februari 2012

Hadi Awang tidak boleh Lepas Tangan - Noor Deris.

Tun Izhalmi Ishak

alt



KOTA BHARU - Bekas anggota Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh lepas tangan melainkan memperbetulkan kembali akidah pengikut Pas yang terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Presiden Pas itu yang berhasrat untuk tidak bertanding pada pilihanraya umum akan datang, tidak bermakna Abdul Hadi sudah boleh lepas tangan dengan amanat yang yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO, sedangkan pegangan itu jelas bertentangan dengan Islam.

“Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka, ini termasuk tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut Pas yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan amanat tersebut yang dibuat oleh Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kuala Terenggau pada 1981, sebagai bertentangan dengan Islam.

Mohd. Noor turut menjelaskan beliau masih ingat apabila turut terlibat dalam gerakan merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan disebabkan beriktikad kepada Amanat Hadi itu.

“Saya sendiri terlibat sebab itu saya tahu. Begitu juga dengan peristiwa berdarah Memali berlaku kerana mereka menganggap menentang UMNO adalah jihad dan mati syahid.

Mereka beriktikad orang UMNO kafir dan keluar Pas murtad. Sebab itu, gelaran ‘ustaz murtad’ sangat popular dan diberikan kepada golongan ustaz yang keluar daripada Pas,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.