Halaman

Ahad, 5 Februari 2012

Hadi mungkin pertahan Parlimen Marang

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-13, lapor Sinar Harian hari ini.

Akhar berbahasa Malaysia itu berkata ia akan memudahkan Hadi, bergerak di peringkat pusat, lebih-lebih lagi untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai presiden parti.

Hadi (gambar), yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang sebelum ini memutuskan bertanding satu kerusi selepas melahirkan hasrat untuk bersara dalam politik.

Keputusan bertanding satu kerusi dbuat Hadi selepas Lajnah Politik PAS menolak hasratnya berundur.

“Seboleh-bolehnya satu kerusi sahaja. Itu yang saya minta. Terpulang kepada partilah untuk menentukan sama ada untuk kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, tetapi saya lebih mudah di Parlimen untuk bergerak di peringkat pusat,” katanya.

Sumber parti mengesahkan The Malaysian Insider bahawa Hadi berkemungkinan akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang.

Hadi sebelum ini berkata mahu berundur kerana sudah terlalu lama dalam politik selain mahu melihat generasi baru memimpin parti itu.

Bagaimanapun hasrat itu ditolak PAS dalam satu mesyuarat pada Rabu lalu.

“Tawaran saya baru-baru ini yang tidak mahu bertanding kerana ingin memberi tumpuan kepada parti memandangkan ketika ini masa banyak dibahagikan untuk parti dan rakyat.

“Kalau parti tidak menerima pilihan itu, saya bersama parti sahaja, saya bersedia untuk dua-dua sekali, iaitu rakyat dan parti. Saya juga mende-ngar rayuan daripada akar umbi yang mendesak agar saya terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Katanya, pihaknya sudah menerima keseluruhan senarai cadangan nama calon PAS di semua negeri dan mengakui nama beliau juga termasuk dalam senarai terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.