Halaman

Khamis, 9 Februari 2012

Hasan: Pengundi Gombak Setia Mahukan Saya

Post Pic



LANGKAWI : Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat dari Pas menegaskan bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia ekoran desakan parti itu.

Sebaliknya, beliau menyifatkan desakkan itu sebagai pakatan berterusan mahu menjatuhkannya dan menegaskan beliau akan terus menunaikan tanggungjawabnya kepanda pengundi di situ.

"Pertama sekali saya bertanggungjawab kepada lebih daripada hampir 30,000 pengundi-pengundi saya dikawasan itu, yang sudah mesra dengan saya selama hampir empat tahun ini. Jadi mereka terus menginginkan saya menerajui kawasan tersebut," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam ceramahnya yang berjudul 'Cabaran Akidah Ummat Kini', di Langkawi semalam.

Menurut Hasan, beliau bimbang sekiranya dikosongkan, kerusi DUN Gombak Setia akan diambil alih oleh golongan parasit yang akan menyimpang daripada perjuangan Islam dan bersekongkol secara lebih giat dengan DAP dan PKR.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata Hasan wajar mengosongkan kerusi itu yang dimenangi atas tiket Pas pada pilihanraya umum ke 12.
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang menyerahkan kepada Hasan sendiri dalam menentukan kedudukannya sebagai Adun Gombak Setia.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat sabu sebelum ini berkata, Hasan orang bijak dan tidak perlu didesak untuk meletakkan jawatan.

Semalam, Hasan berkata beliau masih belum memutuskan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13(PRU) akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.