Halaman

Selasa, 14 Februari 2012

Hisham: M'sia bukan transit penjenayah luar


Kuek Ser Kuang Keng

Menteri Dalam Negeri hari ini mempertahankan keputusan kerajaan untuk mengusir pulang wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari dengan berkata tindakan itu bagi mengelakkan Malaysia daripada dijadikan sebagai destinasi bersembunyi bagi penjenayah yang dikehendaki di negaranya sendiri.

NONE"Jangan ingat Malaysia negara yang selamat untuk mereka bernaung dan tinggal bagi mengelak mereka diburu. Kita tidak akan membenarkan mereka menjadikan Malaysia sebagai transit," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada wartawan selepas menghadiri sebuah persidangan antarabangsa di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa terdapat injunksi mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan pengusiran itu.

"Saya tidak terima apa-apa injunksi. Jika mahkamah memberi injunksi, kita akan patuh," kata Hishammuddin, yang diiringi oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Juga tidak ada permintaan dari Interpol seperti yang didakwa sesetengah pihak, cuma ada permintaan dari kerajaan Arab Saudi," katanya.

hamza kashgari 120212Semalam Hamza, 23, yang ditahan pihak berkuasa negara ini, minggu lalu diusir pulang. Beliau dalam percubaan melarikan diri dari Arab Saudi setelah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam pada Twitternya.

Pengusiran pulang itu menyaksikan bantahan di kalangan NGO tempatan dan juga masyarakat sivil yang mendakwa tindakan kerajaan itu melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia kerana Hamza berkemungkinan menghadapi hukuman mati di negaranya.

"Saya harap isu ini tidak dipolitikkan," kata Hishamuddin lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.