MALAYSIA KINI
JINGGA 13 Isnin lalu mendedahkan dokumen Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, yang mendakwa kapal dikuasai Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.
Dalam kenyataanya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pertemuan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin bertujuan memberi ruang penjelasan kepada ketua pembangkang berhubung kenyataannya tentang Israel.
Beliau - pihak ketiga dalam pertemuan pemimpin tertinggi PAS-PKR - juga sekali lagi menegaskan pendirian parti Islam itu yang tetap bersama rakyat Palestin bagi mendapatkan balik hak negara yang dirampas Israel.
Justeru, tegasnya, perancangan berhubung masa depan Palestin hendaklah mengambil kira pendirian kumpulan Hamas yang menerima mandat rakyat negara itu, sekaligus menolak peta jalan (road map) kuasa Barat.
"Maka PAS bersama darah, air mata dan derita rakyat di Palestin bagi memperjuangkan sebuah negara merdeka," katanya lagi.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kelmarin mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan