Halaman

Jumaat, 10 Februari 2012

Isu pasir: SPRM 'bersihkan' saya kata Shuhaimi


MALAYSIA KINI

ADUN Seri Muda Shuhami Shafie hari ini mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membersihkannya daripada dakwaan rasuah pada 2010 tetapi tuduhan yang sama diulangi oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

NONE"Saya menceritakan kesemua perkara semasa saya disiasat SPRM pada Julai 2010. Saya juga dimaklumkan secara peribadi oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidak melibatkan salahguna kuasa," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Bercakap di ibu pejabat PKR di Tropicana, Selangor, Suhaimi berkata transkrip perbualan telefon yang didakwa antara beliau dan pemilik syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd juga dibentangkan kepadanya semasa siasatan.

"Saya ditunjukkan ini apabila disoal-siasat oleh SPRM. (Saya) tidak nafikan ada berbual di telefon dengan rakan kongsi perniagaan saya, tetapi saya percaya ia (transkrip) dipinda untuk menjadikan plot lebih menarik," katanya.

Dalam transkrip yang disiarkan melalui blog Malaysia Today semalam, Shuhaimi didakwa menuntut RM50,000 daripada pemilik Double Dignity (M) Sdn Bhd kononnya untuk perbelanjaan pilihan raya.

NONERaja Petra mendakwa Shuhaimi menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi keputusan mendapatkan kontrak perlombongan pasir yang cuba dibida oleh Double Dignity. Shuhaimi menduduki lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang mengendalikan semua kontrak perlombongan pasir, semalam mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Double Dignity tidak pernah memohon untuk mendapatkan kontrak daripada mereka.

Menurut Shuhaimi, SPRM tidak pernah memanggilnya semula selepas Julai 2010 dan bahawa perkara itu telah "diputar-belit" bagi mengelirukan orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.