Halaman

Isnin, 6 Februari 2012

Kerajaan Umno/BN Terengganu kerajaan 'lembam'?

Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu disifatkan sebagai kerajaan .lembam' kerana terlalu 'lembab' bertindak balas dalam membuat keputusan atas sesuatu pelaburan yang besar kerana tidak mempunyai perancangan yang nyata.

Menurut Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, kerajaan Umno-BN Terengganu yang telah 'merampas' pemerintahan kerajaan sejak 8 tahun yang lalu sebenarnya tidak mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam membangunkan negeri.

“Projek (stadium) belanja besar, guna nama Tuanku tetapi akhirnya memalukan kerana baru guna setahun bumbung runtuh. Ini (kerugian) macam buang duit ke laut dan tidak ada hasil,” tegasnya

Beliauberkata demikian dalam mengulas kes terbaru yang menimpa ke atas Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin apabila Menteri Besar sendiri mengakui pelbagai peralatan telah hilang kerana kecurian.

Menurut Dato’ Seri Ahmad Said berkata jumlah kerugian belum dipastikan dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) masih membuat penilaian angka kerugian sebenar.

“Saya tidak tahu jumlah sebenar tetapi (kerugian) lebih rendah berbanding apa yang dilaporkan. Kita serahkan kepada pihak polis untuk siasat dan ambil tindakan terhadap pencuri dan dakwa di mahkamah,” ujarnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, 1 Januari lalu.

Kata beliau, kes kecurian peralatan di stadium tersebut tidak harus berlaku kerana kerajaan negeri ada melantik syarikat keselamatan menjaganya sejak berlaku keruntuhan bumbung, 2 Jun 2008.

“Kita (kerajaan) ada pengawal keselamatan, tak tahulah jika harapkan pagar, pagar makan padi pula. Dia (pengawal) tak jaga, dia tidur dan kawasan (stadium) itu besar dan dia harus buat rondaan,”katanya.

Sehubungan itu, Yahaya Ali yang juga bekas Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri berkata ia merupakan kegagalan berganda kerajaan Umno-BN Terengganu Terengganu dalam kes SSMZA.

Menurutnya, sebelum ini kerajaan gagal menjelaskan secara terperinci, apakah sebab sebenarnya bumbung stadium tersebut runtuh.

Kini, katanya, kerajaan gagal menjaga harta benda yang diamanahkan kepada mereka.

Beliau juga kesal stadium yang dibina dengan kos hampir mencecah RM300 juta itu gagal dimanfaatkan dengan baik oleh kerajaan negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.