MALAYSIA KINI
Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyelar "seorang pemimpin" yang berpendirian "Melayu dahulu, rakyat Malaysia kedua" sedangkan negara ini memakai konsep 1Malaysia.Katanya, konsep 1Malaysia melibatkan seluruh negara dan semua rakyat Malaysia perlu merujuk dirinya sebagai rakyat Malaysia sebelum merujuk kepada kaum.
"Kenyataan itu hadir sebagai pukulan yang teruk bukan sahaja kepada konsep 1Malaysia, tetapi juga dianggap sebagai peniadaan jiwa Malaysia atau roh negara yang cuba disemai dengan sungguh-sungguh oleh perdana menteri (pertama) Tunku Abdul Rahman," katanya.
Tengku Razaleigh berkata demikian dalam ucapannya tentang perpaduan anjuran Paddy Schubert Sdn Bhd di Kuala Lumpur hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan