Alan Paton menulis ‘Cry The Beloved Country’ beliau mengisahkan mengenai kekejaman antara manusia dan bagaimana orang kulit putih boleh mengatur, merencanakan dan mengimplimenkan penstrukturan sosial dan ekonomi berdasarkan warna kulit dan kaum terhadap orang kulit hitam di era apartheid Afrika Selatan.
Seluruh dunia mengutuk perkara ini dan kita antara yang paling kuat melaungkannya.
Afrika Selatan telah mengorak langkah ke hadapan semenjak pemansuhan sistem apartheid dan sekarang ia sudahpun menjadi sebuah negara yang bebas, terbuka dan progressif, menikmati penghormatan di komuniti antarabangsa.
Di Malaysia, kita sememangnya mengutuk sistem apartheid dan memang itu yang sepatutnya. Tetapi pada masa yang sama kita kita masih lagi pendukung kepada versi yang serupa dengan apartheid.
Sudah tentu kita tidak memanggilnya apartheid. Mungkin lebih dikenali sebagai ‘Ketuanan Melayu’ yang kononnya memperjuangkan hak melayu. Ia diimplimentasikan menerusi Dasar Ekonomi Baru. Bijak bukan? Tidak sekali pun perkataan apartheid itu wujud!
Ya, kita memang bijak. Kita tidak panggilnya apartheid, kita cuma menghalusi proses pemisahan sosial. Mula sekali, kita pastikan majoriti besar penjawat awam, polis dan tentera adalah orang Melayu (mereka yang harus mendapat faedah). Kita berikan gaji yang baik, faedah yang baik dan pekerjaan yang terjamin. Kemudian kita buat peraturan dan undang-undang untuk memastikan implimentasi yang mudah untuk DEB.
Kita kemudian basuh fikiran Melayu dengan propaganda ‘untuk agama bangsa dan negara’ bahawa ada yang lebih baik daripada menjalankan tugas dengan professional dan dedikasi iaitu melakukannya atas nama agama dan bangsa.
Kita wujudkan peraturan dan undang-undang untuk memastikan NEP berjalan dengan lancar.
Kemudian kita mereka dan mengimplimenkan polisi sosial dan ekonomi seperti menyalurkan kontrak kerajaan yang bernilai tinggi, pendidikan aliran berbeza, rebet perumahan, kemudahan perbankan dan kewangan untuk orang Melayu.
Ia tidak terhenti di situ. Kita wujudkan cara untuk mencegah rakyat daripada membantah kepada semua ini dengan memperkenalkan dan meneruskan undang-undang dan mengimplimenkannya. Akta hasutan untuk menegah rakyat daripada berbicara terlalu banyak mengenai bahasa dan agama. Akta Rahisa untuk menegah mereka daripada mendapat akses kepada fail-fail kerajaan.
Pelajar dan pensyarah tidak dibenarkan berbincang dan mengambil subjek yang mengkritik polisi dan falsafah kerajaan (ya kerajaan, bukan politik)
Semua penerbitan harus mendapatkan lesen untuk beroperasi.
Surat khabar bukan sahaja harus mendapat lesen sebelum menerbit tetapi harus memperbaharuinya setiap tahun.
Pengorbanan yang dilupakan
Raja kepada segala undang-undang uang menekan adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA, apabila seorang rakyat boleh diletakkan tahan tanpa apa-apa kesalahan!
Sebenarnya, kita mengorbankan peraturan dan undang-undang demi kepentingan sesetengah individu. Untuk menunjukkan bahawa kita sangat bijak, kita memperlekehkan kesetiaan dan semangat patriotik rakyat bukan Melayu.
Kita panggil mereka pendatang dan menyamakan mereka dengan orang buangan negara asal mereka sama seperti penjenayah. Kita abaikan bakat mereka dan keupayaan mereka mencipta kemewahan dan produktiviti ekonomi begitu juga apabila mereka menunjukkan kesetiaan mereka dan juga semangat patriotik.
Many of such pendatangs have made the ultimate sacrifices as military personnel defending its security, during the Emergency, the Confrontation period with Indonesia and as policemen while policing the social environment.
Ramai dikalangan pendatang ini telah membuat pengorbanan besar dengan menjadi tentera dan mempertahankan keselamatan semasa waktu darurat, konfrentasi Indonesia dan sebagai polis dengan menjaga keamanan negara.
Mereka sudah memberi sumbangan dan masih lagi menyumbang dalam sukan dan seni.
Rekod kesetiaan dan semangat patriotik mereka sangat hebat.
Tetapi kita tidak peduli.
Yang peliknya, walaupun dengan segala atribut dan rekod positif bukan Melayu, kita masih lagi memperjuangkan dan mengimplimenkan prinsip apartheid ini. Pada tahun ini, apa kata kita cuba muhasabah diri: mengapa kita lakukan semua ini?
Kita lakukannya untuk mendapatkan semula semangat kita yang sudah hilang. Kita melihat diri kita sebagai mangsa penjajahan Portugis, Belanda dan British yang telah menghapuskan entity Melayu, psikologi dan kebudayaan kita. Dalam prose situ, kita lihat bahawa kita telah hilang identiti Melayu kita.
Dengan kemerdekaan, kita sangka kita boleh dapat balik kegemilangan Melayu dan berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya ekonomi dan perdagangan. Kita mula sedar bahawa orang Cina sudah mengalahkan kita dalam hal ini.
Kita rasakan bahawa orang Cina telah mengambil kesempatan atas kelemahan kita dan mengambil peluang inisiatif ekonomi (dan kekayaan) juga karekter sosial negara ini. Kita telah malu.
Sekarang kita mahu dapatkan semula martabat dan maruah bangsa Melayu!
Ya, kita rasa bahawa kita telah dapat semula semangat kita dan inilah yang mengingatkan kita kepada tajuk buku Paton, tetapi dalam kes ini lebih sesuai ia ditulis sebagai – Menangislah semangat Melayu ku.
Semangat Melayu kita perlu menangis untuk melakukan perkara yang betul untuk sebab yang salah atau perkara yang salah untuk sebab yang betul; juga untuk perkara salah bagi sebab yang salah tetapi bukan perkara yang betul untuk sebab yang betul.
Penjajahan bukanlah alasan untuk kelemahan dan kecacatan psikologi kita.
Penjajahan dialami oleh sebahagian besar masyarakat dunia dalam sejarah. Terdapat beberapa negara yang tidak pernah dijajah dalam dunia ini. Ia adalah konsep yang neutral dalam pekembangan ekonomi dan sosial manusia.
Ia bukanlah menjadi penghalang kepada kemajuan sosial dan ekonomi seperti yang kita gambarkannya. Kita harus buang kepercayaan ini yang kita telah sekian lama pertahankan.
Fikir semula cara kita berfikir
Lihat sahaja kepada sejarah. Korea pernah dijajah Jepun tetapi hari ini, Korea adalah sebuah negara perindustrian yang berjaya. Singapura juga dijajah British dan ia juga pernah menjadi sebahagian daripada kita dan pada hari ini, negara kecil ini sangat kukuh kewangannya, perdagangannya dan entity industrinya.
AS juga pernah dijajah British dan sekarang ia adalah negara paling kuat di dunia. Fikirkan pula kemarahan kita pada orang Cina bahawa mereka telah memonopoli ekonomi negara. Lihatlah pada dua fakta.
Yang pertama, orang cina tidak menjadi berjaya disebabkan dasar ekonomi yang menindas kita.
Kita lakukannya sendiri. Ingat bahawa ramai di antara mereka yang sampai ke negara kita pada zaman dahulu hanya sehelai sepinggang- hanya kaki dan tangan dan juga otak.
Mereka menjadi berjaya hasil daripada kerja kuat mereka dari segi fizikal dan mental untuk melakukan pengorbanan. Mereka berjaya kerana mempunyai kekuatan mental untuk mencari peluang, mengambil peluang yang tiba dan bekerja keras untuk merealisasikan potensi yang ada pada peluang itu.
Yang kedua, kita telah diberi peluang untuk bersaing dengan mereka dibawah pelbagai ‘keistimewaan’ yang termaktub dalam Perlembagaan, juga melalui program yang dilaksanakan di bawah DEB.
Keistimewaan ini sudah ada dalam perlembagaan sejak azali lagi dan DEB bermula pada tahun 1970. Kesimpulannya kita telah diberi peluang – banyak kali untuk menjadikan kita bangsa yang lebih berjaya.
Orang Cina pula perlu berusaha keras hanya untuk mengenalpasti peluang, kita pula dihidangkan dengan pelbagai peluang.
Setakat ini, kita telah gagal menggunakan peluang itu. Ia sesuatu yang merugikan untuk kita terutamanya apabila ia diciptakan khas untuk kita.
Punca sebenar kepada kelemahan kita dan kekuatan masyarakat Cina adalah – pemikiran positif. Pemikiran kita dibendung oleh terlalu banyak pantang larang, harus dan tidak harus dan boleh dan tidak boleh. Ini sudah cukup untuk menghasilkan keraguan dan ketakutan dalam minda kita.
Kita banyak keraguan dalam apa yang boleh kita buat dan yang tidak boleh kita buat. Kita menghabiskan masa seumur hidup mencari betapa kompleksnya semua pantang larang ini yang kita tidak berdaya lagi untuk membangunkan dan meyakini diri untuk memulakan langkah dan berdepan dengan realiti hidup.
Mari panggil kes ini sebagai kes sindrom ‘tidak, jangan dan enggan’. Orang Cina tidak dibelenggu dengan sindrom sebegini.
Apa yang terjadi sekarang, sindrom ini telah memberi kesan kepada keupayaan mental kita untuk membayangkan banyak perkara. Kita hanya lihat sesuatu itu sebagai sesuatu yang lurus dan sempit. Kita menerima ajaran orang tua kita sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah.
Buta oleh sentimen
Kita tidak ldapat lihat bahawa sesuatu perkara boleh di lihat dan diinterpretasi dalam pelbagai bentuk. Kita rasa kita berpegang kepada sesuatu yang benar; inilah sebabnya kita sentiasa merasakan diri kita benar dan orang lain sentiasa salah. Contohnya cara kita lihat agama kita.
Kita rasa bahawa kita sebagai orang Islam sentiasa benar dan orang yang lain agama itu sentiasa salah.
Kita perlu menangis untuk memikirkan bahawa kita boleh dan berpengaruh dalam cara orang lain berfikir dan melakukan apa-apa perkara. Kita telah menakut-nakutkan orang dengan apa yang mereka boleh baca, tulis atau fikirkan dan buat
Kita seperti berkata ‘Anda boleh fikir apa sahaja, buat apa sahaja asalkan ia tidak mengkritik atau menyalahkan kerajaan”.
Pencarian kebenaran dan menghidupkannya bukan bermaksud kita menunding jari kepada orang lain. Ia adalah perkara paling negatif boleh dibuat. Adalah lebih baik kita menjadi lebih terbuka dan memikirkan kekuatan dan kelemahan kita.
Kita memperbaiki kekuatan kita dan buang kelemahan. Tetapi mulakan dengan mewujudkan kesedaran bahawa kita ada kekuatan dan kelemahan,
Contohnya DEB jelas gagal sebagai strategi untuk kemajuan sosio-ekonomi kita. Sedari hakikat ini dan cuba cari cara lain untuk berjaya.
Bagaimana dengan mensekularkan pemikiran orang Melayu? Ia mungkin langkah awal yang baik untuk melihat semua pantang larang kita hilang.
Sementara itu, kita kini masih lagi di awal tahun. Kita harus memulakannya dengan menyedari bahawa segala langkah bijak yang pernah kita ambil selama ini bukanlah bijak.
Lawak jenaka ini sememangnya untuk kita. Semua orang mengatakan begitu- Melayu yang bebas dan juga bukan Melayu- Jiran kita dan seluruh komuniti antarabangsa.
Hanya mereka yang berfikiran tertutup dan mendapat faedah daripada status quo yang mengatakan ia bagus.
Selamat Tahun Baru dengan harapan ia akan memberikan kita perspektif terbaik untuk apa yang benar-benar memartabatkan kita.
Ia mungkin sudah lama dinantikan. Sementara itu, menangislah semangat Melayu!
Jean-Luc Godard - "To be or not to be. That's not really a question."MAILBAG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan