ANTARA POS.COM
SHAH ALAM: National Feedlot Corporation (NFC), yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyalahgunakan pinjaman kerajaan, menegaskan sekali lagi bahawa ia tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya menjadi mangsa agenda politik Parti Keadilan Rakyat.
Pengarah Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh dalam Twitternya, semalam berkata pihaknya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan daripada pihak berkuasa.
Beliau juga menegaskan bahawa NFC komited untuk memastikan kejayaan projek ternakan lembu daging yang di biayai menerusi pinjaman RM250 juta daripada kerajaan namun ia mengambil masa.
Izran mendakwa PKR telah memutarbelit segala-galanya.
Izran adalah anak lelaki Shahrizat, manakala suami menteri itu, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail merupakan pengerusi syarikat berkenaan.
Semalam, Sharizat disoal siasat oleh SPRM selama dua jam, Menteri itu berkata beliau berterima kaseh di atas siasatan itu yang memberikannya peluang untuk membersihkan namanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.