Justeru, menurut Citizens’ Healthcare Coalition (CHC) dan Persatuan Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta (FPMPAM) inisiatif Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan skim berkenaan yang berasaskan insurans nasional untuk membiayai penjagaan kesihatan perlu dikecam.
"1Care tidak menangani masalah dan isu-isu yang sedia ada dan ini akan menjejaskan kesejahteraan pengguna.
"Mereka namakan skim itu insurans sosial tetapi tidak ada apa-apa yang 'sosial' mengenainya. Jika ini membabitkan rakyat, mengapa kumpulan pengguna tidak dijemput menyertai perbincangan mengenai perkara itu?" soal Jayabalan.
Dalam usaha bagi memastikan skim berkenaan tidak dilaksanakan, CHC dan FPMPAM bertindak pantas memaklumkan kepada ahli-ahli mereka tentang skim 1Care dan mendidik pesakit. Mereka juga mengadakan forum dan dialog di beberapa negeri.
"Bagi setiap cubaan mereka, rakyat dan kumpulan berkaitan seperti persatuan pengguna akan cuba menghentikannya... tetapi kali ini, perkara itu cuba dilakukan secara senyap," kata Jayabalan, seorang perunding kesihatan awam veteran.
Spekulasi bertiup kencang bahawa skim berkenaan akan dibentangkan pada sidang parlimen Mac ini bagi membolehkan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1 Care menjadi kenyataan.
Buat permulaan, warga maya telah meluahkan bantahan mereka di internet dengan mendidik rakyat tentang apa yang akan berlaku apabila kerajaan melancarkan skim berkenaan yang menyaksikan pelbagai subsidi perubatan yang luas, sebelum ini akan ditarik balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.