HALAMAN SANTAI

Khamis, 9 Februari 2012

PKR : Siasatan Ke Atas Shahrizat Mesti Telus

Oleh Shakira Buang

Post Pic



SHAH ALAM : Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin berharap hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersabit isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang membabitkan keluarganya selama dua jam semalam dilakukan secara adil serta tidak berpihak.

"Kita tidak dapat makluman tentang apa yang disoalkan kepada Shahrizat, tetapi apa yang pasti kami berharap ia bukanlah retorik semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Dan kami harap ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, kerana kita pasti mesti ada elemen salah guna kuasa dari segi pihak menteri," katanya.

"Kita nak pastikan hasil siasatan itu nanti membawa hasil yang adil dan tidak berpihak serta ada apa-apa ketakutan daripada pihak kerajaan dan sebagainya," kata beliau memberitahu Antarapos.com.

Mengulas lanjut berhubung kenyataan Shahrizat bahawa beliau hadir ke SPRM petang semalam kerana ingin menjelaskan kedudukannya bersabit NFC yang diuruskan oleh suaminya Datuk Mohamad Salleh Ismail, Zuraida berkata walaupun beliau tidak ada kena mengena dengan isu NFC tetapi beliau bertanggungjawab dalam soal penggunaan wang rakyat yang telah diseleweng.

"Ya, dari segi pihak pengurusan syarikat memang beliau tidak terlibat, tetapi dari segi beliau sebagai seorang menteri dalam kabinet Shahrizat bertanggungjawab di atas penggunaan duit rakyat yang kita buktikan banyak penyelewengan serta ianya melibatkan keluarga beliau," tambahnya.
Semalam, Sharizat disoal siasat oleh SPRM selama dua jam. Menteri itu berkata beliau berterima kaseh di atas siasatan itu yang memberikannya peluang untuk membersihkan namanya.
Soal siasat itu diadakan selang beberapa jam pembangkang membuat dakwaan baru bersabit isu itu. Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli mendakwa keluarga Sharizat membeli dua lagi kondominium mewah bernilai RM35 juta di Singapura.

Pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Rafizi mendakwa sebahagian simpanan itu adalah dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi NFC.

Rafizi dan Zuraida disaman oleh Sharizat bersabit dakwaan-dakwaan yang dibuat mengenai NFC sejak akhir tahun lalu,
Menteri itu menegaskan beliau tidak ada kena-mengenai dengan projek NFC yang diuruskan oleh suaminya dan tidak akan meletak jawatan dalam kerajaan, mahupun sebagai Ketua Wanita Umno.

Tiada ulasan: