HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Februari 2012

Presiden KITA - Hasan Ali Selesa Aktif pimpin JATI.


alt

DAMANSARA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik.

Beliau memberi respons tersebut susulan pelawaan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) kepada beliau untuk memimpin parti itu menggantikan Presiden mereka Datuk Zaid Ibrahim.

Hasan Ali beranggapan agak sukar KITA mampu serasi dengan perjuangan yang dibawa beliau berlandaskan konsep Islam, Melayu dan Raja atau MIR.

Parti KITA yang dijenamakan semula oleh Datuk Zaid Ibrahim membawa objektif membangunkan sebuah Negara yang Moderat, Demokratik dan Liberal.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media mengenai kes rayuan beliau untuk menyertai semula PAS.

Hasan Ali dalam kenyataannya menolak untuk mengemukakan sebarang bentuk rayuan tersebut dan akan terus mempertahankan prinsip beliau. [ARTIKEL DI SINI]

Bekas Naib Presiden PAS itu juga akan memberi fokus dan komitmen sepenuhnya terhadap Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bakal beliau rasmikan iaitu JATI malah berikrar akan menjadikan JATI selaku platform kebangkitan kuasa ketiga dalam arena politik tanah air.

Sebelum ini, beberapa Perwakilan Negeri Parti KITA telah membuat satu desakan menuntut Presiden mereka Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan serta merta jika tidak berupaya memimpin parti tersebut.

Ianya berikutan tindakan Zaid Ibrahim yang membuat kenyataan menerusi blognya menyatakan hasrat membubar parti KITA tanpa merujuk pimpinan Pusat.

Dengan rasa kecewa, salah seorang perwakilan dari Kedah Zamil Ibrahim menjelaskan kesemua perwakilan telah mengambil kata putus tidak teragak-agak menyingkir Zaid dari jawatan tersebut jika ianya terdesak.

KITA juga sebulat suara akan mempelawa Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali untuk menggantikan jawatan Zaid Ibrahim kerana menyifatkan perjuangan Hasan lebih serasi dengan parti yang dahulu dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (INSAN).

Tiada ulasan: