Radhi Razak
Pelakon dan Pengarah Muda Pierre Andre mengakui jiwa beliau lebih meminati filem-filem berunsurkan Komedi berbanding filem-filem lain.
Atas sebab itu beliau akan menerbitkan lebih banyak filem-filem komedi selepas ini berbanding filem berunsurkan seram dan trailer.
"Saya memang suka lawak. Idola saya adalah seperti Steven Chow. Saya memang suka komedi. Itu jiwa saya," jelas Pierre Andre ketika ditanya KLpos selepas Majlis Tayangan Pra Tonton filem terbaru beliau berjudul Chantek.
Beliau turut mengakui tidak meminati filem bergenre seram walaupun terdapat dalam koleksi filem-filem beliau.
Malah Pierre turut mempopularkan semula filem tersebut melalui Jangan Pandang Belakang yang mendapat kutipan Box Office.
"Saya suka komedi. Memang itu jiwa saya. Saya tak suka cerita hantu sebenarnya. Cerita cinta saya boleh layan.
Tapi komedi memang jiwa saya. Saya boleh buat sesuatu di luar fikiran jika menerbitkan filem bergenre tersebut," katanya lagi. [VIDEO DISINI]
Bercakap mengenai filem terbarunya itu, Pierre mengharapkan pihak penonton filem-filem tempatan dapat memberi sokongan terhadap filem Chantek malah kritikan membina bagi memastikan beliau dapat menghasilkan sebuah karya yang lebih berkualiti selepas ini.
"Saya cuba yang terbaik bagi memastikan filem ini menjadi sebuah filem yang baik dan boleh dijadikan teladan," jelas Pierre.
Anak kepada Pelakon Khatijah Tan ini juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk menerbitkan kesinambungan filem Chantek jika mendapat sambutan hebat dari kalangan penonton.
Filem yang turut menampilkan beliau sendiri selaku pemegang watak utama bersama Pelakon baru kelahiran Jakarta, Indonesia iaitu Nurul Ekasari. [VIDEO BERSAMA NURUL EKASARI DISINI]
Chantek bakal ditayangkan ke pawagan bermula pada 16 Februari 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.