Halaman

Sabtu, 11 Februari 2012

'Siapa Faekah ini?' - Khir Toyo beri Jawapan Balas isu SYABAS.


alt

KUALA LUMPUR - Dato' Sri Dr. Mohd Khir Toyo hari ini menyelar tindakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin yang membuat andaian berniat jahat berkenaan kenyataan penafian beliau terhadap penyerahan konsesi air negeri Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) baru- baru ini.

Bekas Menteri Besar Negeri itu turut mempersoal krelibiliti beliau membuat ulasan tanpa menggunakan fakta yang sebenar. Walhal sewajarnya Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan beliau dengan penubuhan SYABAS.

Malah Kerajaan Negeri pada era kepimpinan beliau telah berdepan dengan pinjaman wang dari bank bagi memastikan SYABAS terus bertahan sehingga hari ini.

"Siapa Faekah ini? SYABAS ketika mahu ditubuhkan Kerajaan Negeri tidak punyai jumlah wang yang besar untuk menampung kos perlaksanaan, Malah kita terpaksa membayar wang sebanyak RM2.4 billion pada ketika itu menggunakan pinjaman bank atas nama SYABAS. Kalau tak bina (SYABAS) hari ini, saya rasa Selangor telah lama akan mengalami masalah." selar beliau menjawab fakta sebenar terhadap pertuduhan Faekah.

Khir Toyo juga berkata isu ini sepatutnya dikaji dengan fakta yang jelas dan bukannya dijadikan senjata politik.

"Kita telah menggunakan syarikat swasta itu untuk membuat pinjaman wang di bank kerana dilarang membuat pinjaman wang dari mana-mana Institusi Perbankan, Oleh itu, Syarikat swasta akan diberi tanggunjawab sebahagian daripada itu untuk dibayar oleh rakyat Selangor., tegas beliau ketika disoal wartawan di Pejabatnya semalam. [VIDEO DI SINI]

Kerajaan Pakatan menurut beliau sepatutnya bersyukur dengan pimpinan beliau sebelum ini kerana SYABAS masih kukuh sehingga hari ini kerana pengurusan yang baik Kerajaan terdahulu.

"Jika idea penubuhan SYABAS yang dilancarkan era pemerintahan saya tidak dilakukan serta diuruskan dengan begitu baik, Kerajaan Negeri pada ketika ini bakal berhadapan dengan masalah kekurangan air yang kritikal. Khalid Ibrahim hanya meneruskan sahaja kerja dan pelan Kerajaan BN sebelum ini," dakwa beliau.

Semalam Faekah mendakwa Penafian Khir Toyo secara tegas tidak terlibat menyerahkan konsesi air negeri Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) didakwa seolah-olah mahu membalas dendam kepada UMNO.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa, ini kerana Umno tidak melindunginya ketika dituduh di mahkamah - layanan yang didakwa berbeza dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.