HALAMAN SANTAI

Jumaat, 10 Februari 2012

Skim 1 Care di peringkat ‘sangat, sangat maju’ bukan peringkat awal, kata sumber


KUALA LUMPUR — Kontroversi skim penjagaan kesihatan 1 Care berada di peringkat yang “sangat, sangat maju” dan bukan di peringkat awal seperti yang dinyatakan Kementerian Kesihatan, kata sumber.

Sumber yang terlibat dalam perbincangan untuk memperbaiki sistem kesihatan sedia ada memberitahu The Malaysian Insider pihak kementerian berkemungkinan menggunakan taklimat dengan pemegang saham sebagai bukti perundingan untuk dibentangkan bersama “perjanjian terbaik.”

Menggambarkan pendekatan itu seperti “silap mata biasa”, beliau berkata kementerian akan membentangkan skim 1 Care apabila terlambat membuat sebarang perubahan sebelum merayu kepada pemegang saham memberi pemberi peluang kepada kerajaan.

Beliau menyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) baru-baru ini mengambil seorang wakil untuk mengambil bahagian dalam perbincangan sebagai bukti proses perundingan memberikan kesan.

Kehadiran perunding teknikal WHO dan UNDP boleh digunakan Kementerian Kesihatan sebagai bukti pengesahan oleh dua badan antarabangsa itu walaupun kerajaan tetap melaksanakan rancangan asal,” katanya.

Sumber juga melahirkan rasa bimbang terhadap model 1 Care, yang mana kata beliau akan menghalang pesakit daripada memilih doktor mereka, meningkatkan kos dan membuatkan kualiti menjadi teruk untuk mendapatkan akses penjagaan kesihatan.

Beliau menyatakan doktor-doktor juga akan menghadapi tekanan kerana menemui pesakit yang ramai di bawah skim itu dan meramalkan kerajaan akan memotong bayaran tetap doktor untuk setiap kos rundingan.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan cadangan pelaksanaan skim 1 Care akan membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang sama tanpa mengira pusat kesihatan kerajaan mahupun swasta.

Walaupun Kementerian Kesihatan minggu lalu menegaskan cadangan itu masih di peringkat awal, Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Dr Rozita Halina Hussein berkata 1 Care akan menjadi mandatori.

Bagaimanapun, beliau berkata pembekal penjagaan kesihatan swasta akan diberikan pilihan sama ada mahu menyertai sistem penjagaan kesihatan baru yang mendapat tentangan hebat dari kumpulan pemegang saham.

Beliau juga menafikan khabar angin bahawa kementerian telah membuat keputusan agar rakyat menyumbangkan 10 peratus pendapatan mereka untuk pembiayaan skim itu.

Selain itu, tiada rancangan untuk menyekat rundingan perubatan daripada dijalankan, katanya.

Kementerian Kesihatan memberitahu Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) semasa seminar pada 15 Januari lalu bahawa skim berkenaan telah berada di peringkat akhir dan Akta Farmasi akan dibentangkan ketika sidang Parlimen Mac depan bagi menggantikan skim baru insuran.

Berdasarkan minit mesyuarat seminar, Timbalan Pengarah Perancangan dan Polisi Kementerian Kesihatan Dr Nordin Saleh memberitahu MPS: “Kertas cadangan transformasi 1 Care berada di peringkat akhir.”

Dipercayai skim yang mempunyai lima fasa itu sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh, perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanpun menegaskan 1 Care masih di peringkat awal dan rundingan dengan pemegang saham akan diadakan setiap masa sebelum cadangan dipersetujui semua pihak.

Pengamal perubatan awam dan swasta tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mendakwa individu dan golongan peniaga akan dipaksa membayar 10 peratus daripada pendapatan kepada skim berkenaan.

Skim itu dijangka akan menggantikan sistem dua peringkat (awam dan swasta) penjagaan kesihatan dengan berkongsi maklumat sulit hospital awan dan swasta, dengan harapan dapat memastikan ia lebih “saksama” kepada rakyat merentasi sosioekonomi.

Di bawah sistem sedia ada, pesakit boleh memilih rawatan di klinik swasta atau hospital dn pembayaran ditanggung sendiri atau melalui tuntutan insurans atau mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau hospital dan pembayaran di bawah kos minima dan subsidi penjagaan kesihatan.

Tiada ulasan: