'TakNak1Care' atau 'Katakan Tidak kepada Kempen 1Care' di Facebook dan Twitter adalah anjuran Citizens' Healthcare Coalition (CHC) dan disokong oleh Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM).
Kempen ‘Malaysians against 1Care’ setakat ini telah menjana sokong 454 orang yang memilih ‘like’ di Facebook dan 20 pengikut di Twitter. Beberapa persembahan multimedia interaktif mengenai kelemahan skim yang dicadangkan juga disediakan.
CHC berharap rakyat Malaysia akan menyuarakan pandangan mereka sebelum skim yang dicadangkan itu diperkenalkan di seluruh negara. Hujah mereka perkhidmatan kesihatan adalah tanggungjawab sosial dan bukannya sebagai komoditi untuk menjana keuntungan.
Menurut CHC, 1Care bukan sahaja mahal kerana rakyat Malaysia akan dipaksa menyumbang 10 peratus daripada pendapatan bulanan mereka kepada sebuah badan kawal selia untuk penjagaan kesihatan asas, tetapi mereka juga tidak mempunyai pilihan dan dikenakan beberapa sekatan.
Spekulasi bertiup kencang cadangan menubuhkan skim itu akan dibentangkan pada sidang Parlimen pada Mac ini sebelum ia dijadikan undang-undang.
Masalah lain yang dibangkitkan oleh CHC termasuk pesakit hanya boleh berjumpa doktor untuk satu masalah atau penyakit pada satu-satu masa dan kemudian mendapatkan ubat generik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.