| Aslani M, | |
TANAH MERAH: Penampilan beberapa ustaz yang menjadi tenaga penceramah Umno bukan sahaja gagal menarik perhatian ramai, sebaliknya menimbul tidak puas hati anak-anak muda.
Baru-baru ini ceramah Ustaz Abdullah Abu Samah dari Pondok Geting, Tumpat di Kampung Bendang Nyiur dekat sini yang dianggap mencerca Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat reaksi spontan beberapa anak muda.
Seorang anak muda bangkit dan menyangah tomahan Abdullah sehingga berlaku perdebatan di antaranya dengan penceramah di atas pentas.
Anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani berkata, beberapa kali pemuda itu bangkit menjawab apa yang dilontar penceramah Umno terbabit.
“Sehingga satu peringkat penceramah itu menyebut dia hendak berceramah macam mana apabila ada pihak yang menjawab di bawah pentas,” kata Amran di sini.
Ceramah itu diadakan pada 11 Mac lalu tidak jauh daripada rumah keluarga pemuda terbabit.
Kata Amran ekoran aksiden tersebut seorang pemuda Umno dari Kampung Bendang Ngok bangkit menumbuk pemuda terbabit, namun tersasar dan terkena seorang pemimpin Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur.
Menurutnya ekoran kejadian itu Pemuda Umno terbabit tidak puas hati di atas tindakan pemuda yang menumbuknya sehingga berlaku aksiden lain beberapa hari kemudian.
“Ekoran itu pemuda Umno Bendang Ngok membuat laporan polis. Polis kemudian menangkap seorang pemuda yang disyaki terbabit dengan kejadian gaduh di pasar malam.
“Saya difahamkan pemuda itu ditahan di bawah Seksyen 148 atas kesalahan bergaduh. Namun selepas dibebaskan dengan jaminan polis dia ditahan pula di bawah Seksyen 147.
“Manakala hari ini pula abang kepada pemuda terbabit seorang mekanik ditahan atas kesalahan menceroboh tempat ceramah Umno pada malam 11 Mac lalu,” katanya.
Difahamkan juga pemuda terbabit juga cuba dikaitkan dengan kejadian membakar bendera Umno di Tanah Merah baru-baru ini.
Amran yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan melahirkan rasa hairan banyak aduan ‘samseng’ yang menganggu ceramah Pakatan Rakyat di Johor, Kuantan dan Melaka seperti dibiarkan.
“Sedangkan laporan polis yang dibuat Umno seperti berlaku di Tanah Merah, anehnya polis bertindak segera sehingga pemuda terbabit ditahan banyak hari di lokap,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan