PETALING JAYA - Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan tiga perkara yang didakwa oleh Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri Jumaat lalu, sebaliknya menuntut Timbalan Presiden PKR itu menjawab lima persoalan sebelum mempersoalkan kredibiliti pihak lain.
Salah satu persoalan, menurut Hasan, beliau mahu Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangannya bersama isteri untuk membeli saham mencecah RM2juta pada 1992 hingga 1994.
Katanya, Azmin juga perlu menafikan laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia S.A Vickneswaran yang mendakwa dia bersama isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham mencecah RM8.5juta pada awal 90-an.
Hasan terus menuntut Azmin untuk menafikan tuduhan adik kandunganya, Ummi Hafilda yang mengatakan dia sudah lapan bulan tidak menziarahi ibunya yang kini berusia 78 tahun dan berada dalam keadaan uzur.
“Saya telah menjawab segala tohmahan Yang Berhormat, sekarang giliran Yang Berhormat Bukit Antarabangsa pula untuk menjawab bagi pihak rakyat negeri ini yang ingin tahu setelah bertahun-tahun tidak mendapat respon mengenainya,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, hari ini.
Malah, Hasan berkata, Azmin juga perlu menyahut cabaran para blogger yang memintanya untuk menjalankan ujian DNA ke atas anaknya di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan biologinya.
Menurutnya, beliau mahu Azmin menafikan tuduhan dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk 'Tuhan, Politik dan Seks' yang mendakwa Azmin mengetahui hubungan intim isterinya bersama Penasihat PKR merangkap ketua pembangkang.
Hasan menegaskan, beliau menimbulkan persoalan tersebut kerana padanya Azmin tidak mempunyai 'locus-standi' untuk berbicara mengenai soal intergriti, ketelusan dan soal kredibiliti.
“Banyak pihak yakin selagi dia (Azmin) tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihat Yang Berhormat menutup mulut sahaja dan lebih sesuai untuk mencermin muka sendiri sebelum menuduh orang lain,” katanya.
Hasan berkata, beliau merasakan tuduhan jahat dilakukan Azmin terhadapnya selama ini mungkin disebabkan kerisauan dialami Pakatan Rakyat (PR) terhadap kejayaan siri jelajah politiknya sejak dipecat dari Pas dan digugurkan sebagai Exco.
“Saya merasakan mereka (PR) termasuk Azmin melihat saya sebagai ancaman kepada mereka.
“Inilah saya rasa sebab barangkali mereka mencari jalan dalam minggu-minggu terakhir ini untuk ‘menebas’ saya bermati-matian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun),” katanya.
HALAMAN SANTAI
Selasa, 27 Mac 2012
Hasan Ali nafi, cabar Azmin jawab lima soalan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan