Halaman

Isnin, 26 Mac 2012

Temui aspirasi baru politik - Parti Hijau Malaysia

Lucia Lai


Jika Azlan Adnan dari Malaysia boleh dapatkan sesuatu dengan caranya, dia pasti akan menubuhkan satu parti politik yang memfokus kepada alam sekitar dan pemuliharaannya.

Parti Hijau Malaysia, namanya telah dikenali walaupun ia mengekalkan profil rendah. Ia diasaskan 2 tahun yang lalu oleh Azlan yang berusia 53 tahun, seorang aktivis yang juga ahli perniagaan dan ayah tunggal kepada dua orang anak yang telah dewasa.

Apa yang menyebabkan Azlan menubuhkan parti ini adalah untuk memberikan suntikan pengaruh alam sekitar dalam senario politik Malaysia agar kesedaran itu timbul.

"Untuk masa yang panjang, spesis manusia telah menyesuaikan diri dengan dunia di sekelilingnya, kepada alam semula jadi, tetapi apabila manusia menerima semakin maju ... dan mendapat teknologi, manusia mampu untuk mengubah persekitaran sesuai dengan dirinya. Kita sudah sampai kepada tahap dimana kita telah mengubah alam semula jadi dengan begitu banyak dan secara negatif. Jadi, ia sudah tidak lagi mapan dan sudah terjejas buat masa ini. Kita telah memusnahkannya semata-mata untuk keuntungan jangka pendek sehinggakan kita telah menjejaskan masa depan planet untuk jangka masa ynag panjang. Bukan sahaja masa depan hidupan liar dan spesies eksotik tetapi untuk manusia sendiri. Ini adalah satu-satunya planet kita, dan kita perlu menjaganya. Jika anda ingin tempat bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi generasi akan datang, supaya sesuai didiami, maka anda perlu melakukan sesuatu sekarang, "kata Azlan.

Masa hadapan bersama- bukan untuk manusia sahaja tetapi flora dan fauna

Buat masa ini, Azlan bergantung pada Internet dan laman media sosial untuk mempromosikan partinya. Parti Hijau di Facebook (http://www.facebook.com/AzlanGreenParty) telah mempunyai lebih 800 orang ahli dan sudah ada lebih dari 70 buah video tentang alam sekitar dan keadilan sosial yang dihadapi oleh Malaysia dimuat naik dilaman youtube parti itu (http://www.youtube.com/user/GreenPartyofMalaysia).

Beliau percaya bahawa Parti Hijau akan menarik minat sesiapa sahaja yang cintakan alam sekitar dan masa hadapan-seperti yang disebutnya sebagai ‘masa hadapan kita bersama’, yang bermaksud masa hadapan bukan untuk manusia sahaja tetapi juga untuk flora dan fauna. Mengikutnya, walaupun banyak yang telah dilakukan oleh NGO-NGO, namun skop mereka sangat terhad. Oleh itu, dia berharap membawa agenda alam sekitar ke arena politik dengan mendaftarnya sebagai sebuah parti.

Untuk mendaftarkan partinya, dia memerlukan 7 orang ahli yang aktif untuk menjadi komiti sementara di sekurang-kurangnya 7 negeri.

Kerana ia amat sukar untuk mendaftar parti, saya ingin memastikan saya mengikuti semua arahan apabila saya berbuat demikian, seperti mempunyai lebih daripada 7 orang ahli sementara di lebih daripada 7 buah negeri dan memastikan parti itu boleh berdiri sendiri sebelum mendaftarnya.” Kata Azlan.

Saya juga merancang membina kapasiti dan latihan mengumpul dana untuk ahli parti sementara seperti Citizen Empowerment School. Dalam pada itu, saya akan meneruskan pembikinan video untuk membantu orang awam untuk memahami isu-isu alam sekitar dan bagaimana ia memberi impak terhadap semua.

Bertanggungjawablah terhadap ciptaan Tuhan dan bukan hanya keuntungan semata-mata

Buat masa ini, ada beberapa penyokong kuat yang telah komited untuk menjadi ahli jawatankuasa sementara Adnan. Antaranya adalah pesara akauntan, Abdul Rahman Said Ali. Dia yang berusia 63 tahun itu merupakan ketua Parti Hijau di cawangan Perak, bertindak sebagai pengerusi sementara.

Saya mahu menyertai parti ini untuk memberi penekanan kepada pentingnya memelihara alam sekitar demi generasi akan datang. Saya mahu mengatur semula cara proses memilih calon politik kerana buat masa sekarang ia adalah proses dari atas ke bawah dimana herarki parti menggunakan sistem menyokong dimana nepotisma dan pilih kasih berlaku disebalik demokrasi sebenar,” kata Abdul Rahman.

Profesor Jimmy Lim, Parti Hijau untuk Malaysia, cawangan Pulau Pinang mempunyai pandangan yang lebih radikal apabila dia menyesali akan pemusnahan alam dan kemanusiaan.

Dalam mencari untung yang tiada kesudahan, perniagaan dan kerajaan membuat tindakan terburu-buru untuk pembangunan. Selalunya, ini akan mengorbankan alam sekitar. Parti Hijau Malaysia akan memastikan hanya pembangunan yang bersifat memelihara berlaku supaya kita semua boleh hidup dengan sihat, gembira dan bermakna,” terang Lim.

Seorang lagi penyokongnya, Sou Jin Hou, melahirkan rasa minatnya terhadap Parti Hijau Malaysia kerana dia merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dengan sistem ekonomi global. Dia kecewa kerana kerajaan seakan-akan memberi keutamaan kepada KDNK melebihi pemeliharaan alam sekitar.

Ia adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah Tuhan untuk memberhentikan kerosakan terhadap alam sekitar atas nama keuntungan sendiri. Dengan menyokong Parti Hijau, saya berharap untuk memberi lebih tumpuan pada ramalan akan kehancuran alam semulajadi jika kita tidak masih meneruskan pembangunan tanpa berfikir ini. Dalam pada itu, saya berharap kita boleh menukar sistem ekonomi supaya kekayaan yang diberikan oleh Tuhan dengan melimpah ruah tidak hanya berada dalam tangan beberapa orang sahaja,” kata Sou.

Dia menyambung, “Saya berharap untuk memberi lebih tumpuan pada ramalan akan kehancuran alam semulajadi jika kita tidak masih meneruskan pembangunan tanpa berfikir ini. Dalam pada itu, saya berharap kita boleh menukar sistem ekonomi supaya kekayaan yang diberikan oleh Tuhan dengan melimpah ruah tidak hanya berada dalam tangan beberapa orang sahaja,”

Lebih daripada kaum dan agama

Seperti Azlan, yang mahu menekankan Parti Hijau akan menjadi parti yang bukan berasaskan kaum, Ryan Albrey, seorang lagi penyokong kuat memberitahu itulah sebenarnya sebab dia berminat untuk menyertai Parti Hijau. Dia berharap pada suatu hari nanti rakyat Malaysia akan menerima politik bukan atas sebab kaum dan agama sahaja.

Rakyat Malaysia yang biasa perlu berhenti bergaduh sesama sendiri dan risaukan siapa yang mendapat lebih dan siapa yang kurang dan mula memikirkan sedang kita bertengkar, orang asing dan 1% daripada rakyat yang Malaysia yang kaya sedang memusnahkan alam sekitar untuk menjadi lebih kaya. Saya berharap kita akan dapat menarik ahli baru dengan menunjukkan teladan yang baik dan memberitahu rakyat bahawa kita prihatin terhadap isu alam sekitar yang penting dan bukan hanya kaum dan politik peribadi,” kata Ryan lagi.

Kesedaran baru

Azlan tidak gentar apabila beberapa penganalisa politik memberi pandangan bahawa rakyat Malaysia bukanlah peka terhadap alam sekitar dan mungkin belum bersedia dengan Parti Hijau. Dia memberitahu bahawa pada 26 Februari, 2012, hampir 20 ribu rakyat Malaysia yang peka terhadap alam sekitar yang terdiri dari berbilang kaum menghadiri perhimpunan Hijau 2.0 untuk membantah Lynas, kilang pemprosesan nadir bumi di Pahang.

“Jelas sekali, rakyat Malaysia telah memasuki fasa terbaru dalam kesedaran alam sekitar dan isu-isu alam sekitar telah memasuki kesedaran politik.” Kata Azlan.

Oleh itu, ini telah menjadikan Azlan lebih yakin untuk mempromosikan partinya, terutama sekali melalui tindakan yang nyata. Dia telah melakukan beberapa temuramah di dalam media dan juga sekali di stesen radio. Dia juga pernah memberi ceramah tentang topik ‘Masa Hadapan Bersama’ di beberapa buah negeri.

Kita akan membuat perancangan dengan keahlian tetap dan idea dan maklumbalas mestilah datang dari ahli parti. Kita akan membuat kempen tentang apa yang di ahli kami perjuangkan dan apa yang berlaku di dalam negara kita sendiri. Media boleh membantu kita memberitahu tentang isu-isu alam sekitar dan bagaimana ia membahayakan kesihatan kita serta kualiti hidup. Kita akan meneruskan dengan usaha mendidik rakyat ini.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.