Halaman

Rabu, 25 April 2012

4 aktivis Dataran dakwa ''dikasari" DBKL

MALAYSIA KINI
Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa telah mengkasari empat individu, termasuk dua orang pelajar, yang ditahan semasa DBKL menyerbu perkhemahan mereka di Dataran Merdeka petang semalam, demikian menurut laporan polis.

Dalam laporan polisnya, Ekhsan Bukharee Badarulhisham, 20, mendakwa sekurang-kurangnya lima anggota DBKL mengkasarinya dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 tengahari.

Ekhsan mendakwa dia cuba meleraikan satu pergelutan, tetapi ditarik oleh lima atau enam anggota DBKL, diheret ke jalan raya dengan kasar, dan dicampak ke atas jalan.

Selepas itu, dakwa Ekhsan, dia "ditumbuk dan ditendang anggota tersebut" menyebabkan bajunya koyak dan cermin matanya pecah.

Pelajar Universiti Selangor itu berkata dia mahu menenangkan keadaan selepas seorang anggota DBKL menolak pelajar lain, Muhammad Aliff Hafiz, hingga terjatuh.

NONEAnggota tersebut, dakwanya, menuduh mereka menolak seorang lagi anggota DBKL sehingga dia terjatuh.

Bagaimanapun Ekhsan mendakwa, anggota DBKL itu sebenarnya "tersandung" dan jatuh.

Ekhsan, yang membuat laporan polis itu bagi pihak semua empat orang yang ditahan, berkata seorang pemerhati, Shaiful Buhari Ramlan, 25, turut dikasari apabila dia cuba untuk campur tangan bagi pihaknya.

NONEMenurutnya, Shaiful (kanan) telah ditolak dari belakang dan berhenti  daripada campur tangan (untuk membantunya).

Ekhsan mendakwa Shaiful diserang apabila dia cuba untuk menghentikan anggota berkenaan daripada memukul pelajar lain.

Katanya, Shaiful dipukul di kepala dari belakang sehingga dia jatuh dan diserang ketika terbaring di atas jalan raya oleh lima hingga enam anggota DBKL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.