Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini menafikan dakwaan kerajaan Selangor bahawa syarikat itu gagal membekalkan air terawat yang mencukupi untuk negeri itu.
Pengarah eksekutif bahagian hal ehwal korporat SYABAS, Abdul Halim Mat Som sebaliknya menjelaskan, isu berkenaan timbul kerana syarikat itu mengalami kekurangan bekalan air."Dia bukan masalah gagal. Kita dah sebut banyak kali pasal masalah krisis air. Kita kekurangan bekalan.
Tambahnya, perkara itu akan dijelaskannya kepada menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu pertemuan yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Ketika ditanya, Abdul Halem bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk penjelasan yang akan diberikan syarikat itu dalam pertemuan tersebut, dan juga butiran mengenai pertemuan yang akan diadakan.
"Saya tak nak komen dan tak boleh komen lebih-lebih kerana melibatkan undang-undang. Kita dah terima notis itu dan tak nak komen apa-apa,"
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan Selangor yang mengeluarkan notis amaran kepada syarikat berkenaan.
Notis amaran kepada SYABAS itu telah dihantar oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman pada 29 Mac lalu.
Menteri besar itu juga menganggap tindakan syarikat itu "seolah-olah mahu menggagalkan kemajuan ekonomi Selangor" kerana kegagalan SYABAS kini menyebabkan projek yang dikendalikan 79 pemaju di negeri itu terjejas.
Kerajaan negeri berhak menamatkan perjanjian konsesi berkenaan dan juga mengambil alih fungsi SYABAS sekiranya isu tersebut gagal diatasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.