Datuk
Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi amaran kepada
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa
tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk
berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.Bertegas dengan
keputusannya tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk
perhimpunan tersebut, Ahmad Fuad menegaskan tindakan yang sama akan
diambil sepertimana tindakan terhadap kumpulan mahasiswa anti-PTPTN
yang ‘berkampung’ di tempat yang sama.“Seperti (mahasiswa) anti-PTPTN, contoh yang sama juga kita akan ambil jika mereka melanggar undang-undang.
“Bila tiba
masanya, tindakan akan kita ambil…Untuk menjamin keselamatan, kita
serah kepada polis… Bagilah kita bekerja juga,” katanya dalam sidang
media selepas bertemu dengan delegasi BERSIH di pejabatnya hari ini.
Demo anti-PTPTN menyaksikan enam aktivis ditahan polis dan ada barangan mereka dirampas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Pertemuan
hari ini menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak gagal mencapai
kata sepakat berhubung lokasi alternatif yang dicadangkan.
BERSIH
berkeras mahu tetap berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya Ahmad Fuad
(gambar) mencadangkan mereka mengubahnya ke Stadium Merdeka – yang
terletak kira-kira 1km dari situ.
Dalam perkembangan berkaitan, Himpunan Hijau juga menuduh Kementerian Pelancongan di belakang komplot untuk menghalang gerakan itu membawa penyokongnya dari Kuantan ke perhimpunan tersebut di Kuala Lumpur.Presidennya, Wong Tack mendakwa pengusaha bas pelancongan di Kuantan menerima tekanan daripada kementerian tersebut untuk tidak menyewa sebarang bas kepada gerakan anti-Lynas itu.

Ekoran itu, Wong mendakwa, lapan bas pelancong yang sepatutnya membawa penyokong Himpunan ke Kuala Lumpur, telah menarik diri.
Walaupun
mengakui beliau tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya, tetapi
Wong berkata pengusaha bas ada membayangkan perkara itu kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.