Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa merampas dua kotak derma yang
berisi kira-kira RM200 dalam satu lagi serbuan ke atas perkhemahan
peserta protes di Dataran Merdeka selepas tengah malam tadi.
Menurut
peguam Fadiah Nadwa Fikri, DBKL juga merampas bekalan makanan mereka
dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 malam tadi.Ia adalah serbuan
ketiga DBKL ke atas perkhemahan tersebut dalam tempoh kurang 24 jam.
Aktivis yang berkumpul di situ enggan berganjak walaupun ada usaha
mengusir mereka dan khemah serta bekalan mereka dirampas.
“Kami tiba selepas mendapatkan pembebasan empat pelajar (yang ditahan dalam serbuan sebelumnya) dari balai polis Dang Wangi dan mendapati berlaku kekecohan.
“Peserta
protes itu kecewa kerana wang tersebut baru dikumpulkan hari ini.
Mereka menganggarkan jumlahnya RM200 hingga RM300,” katanya.
Fadiah
berkata pegawai DBKL yang dikenali sebagai Fuat, yang berada di situ
bersama 10 trak DBKL, memberitahu peserta protes tersebut bahawa mereka
boleh mendapatkan barang-barang mereka semula esok di pejabat DBKL.
“Katanya,
mereka tidak dapat memulangkannya sekarang kerana perlu disimpan di
setor terlebih dahulu,” kata Fadiah sambil menambah Fuat tidak
menjelaskan mengapa kotak derma tersebut dirampas.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Haziq Abdul Aziz berkata Fuat memberitahu mereka yang dia akan “cuba” mengenal pasti pegawai yang mengambil kotak derma tersebut.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Haziq Abdul Aziz berkata Fuat memberitahu mereka yang dia akan “cuba” mengenal pasti pegawai yang mengambil kotak derma tersebut.
Haziq
menambah DBKL turut merampas beberapa khemah dan bendera, tetapi para
pelajar berhasrat untuk terus berkhemah di situ malam ini.
“Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berbuat apa-apa dengan begitu
ramai kami di sini tetapi kita akan lihat apa yang berlaku pada waktu
pagi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.