Kami perhatikan Pakatan Rakyat begitu ghairah menabur janji kepada kalangan penyokong khasnya dan rakyat Malaysia umumnya menjelang pilihanraya. Satu demi satu tawaran yang mahu dilaksanakan oleh mereka, jika Pakatan Rakyat memerintah kelak. Terbaru, mereka mengesahkan mahu memansuhkan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma di Malaysia. Jadi atau tidak jadi itu perkara kedua….
Sebenarnya, kami pernah kupas perkara ini pada laporan berita, Pendidikan Percuma di Malaysia. Adakah Anda Bersetuju? Ada Cadangan? Kalau ikutkan siapa yang tak suka jika diberikan percuma. Segalanya jadi mudah dan indah. Kami pasti kebanyakan akan suka dengan tawaran yang sebegini rupa. Tetapi…..apa yang kami lihat, kita sebenarnya mestilah realistik.
- Bagi kami jikalau mahu dihapuskan PTPTN dan mahu terus menawarkan pendidikan percuma seawal sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti agak terlalu drastik, boleh juga kami katakan agak keterlaluan
Lebih elok juga, hanya cukai pentadbiran dihapuskan sahaja. PTPTN, tidak batal pun tidak mengapa. Itu sudah cukup memadai sebenarnya dan yang paling pentingnya, ia semestinya menepati konsep Islam yang sebenar-sebenarnya yang mana tiada caj-caj tambahan yang menekan peminjamnya. Kami mempunyai alasan dan cadangan tersendiri mengapa kami tidak bersetuju dengan cadangan memberikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Ya…sekarang kerajaan sekarang ini ada menawarkan melalui PTPTN, yang mana jikalau kalangan adik-adik mendapat 1st class PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa. Ini salah satu langkah yang bagus sebenarnya, sebagai reward untuk mereka yang cemerlang & pembakar semangat untuk yang berkobar-kobar mahu menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Tetapi sayangnya hanya untuk 1 class sahaja yang diberikan ketika ini. Bagaimana pula dengan 2nd class upper dan ke bawah? Masih bayar seperti biasa….
Mungkin kerajaan sekarang boleh mempertimbangkan cadangan seperti ini :
- Ya. Kami sendiri bersetuju jika caj pentadbiran dimansuhkan
- Sepatutnya diberikan peluang dan ruang yang lebih luas lagi kepada kalangan mereka yang berjaya mencatatkan keputusan yang cemerlang dengan contohnya memberikan/menukarkan kepada biasiswa penuh (1st class), yang dapat 2nd class upper diberikan diskaun/potong, begitu juga yang dapat 2nd class lower diberikan pula diskaun 30%. Ini contohnya sahaja.
- Kemudian, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan, jikalau kalangan peminjam tidak pernah “sangkut” dalam membuat pembayaran dalam tempoh setahun, kerajaan mungkin boleh mengadakan pengecualian cukai pendapatan kepada peminjam
- Dan…..jika mereka berjaya melangsaikan hutang pinjaman lebih awal daripada tempoh yang diberikan, mungkin PTPTN juga boleh mempertimbangkan pengurangan jumlah pembayaran atau boleh dinamakan sebagai diskaun
Barulah kalangan pelajar kita mampu berdaya saing dan lebih mempunyai tanggungjawab ketika memperolehi pinjaman untuk tujuan pengajian. Apatah lagi ia membabitkan kemampuan kerajaan dan kelangsungan pentadbiran kerajaan selepas itu. Perbelanjaan menguruskan pusat pengajian bukanlah melibatkan kos yang murah, lebih-lebih membabitkan aspek pembelian peralatan dan kos membuat kajian. Jadi dengan bayaran yuran daripada kalangan pelajar sendiri sekurang-kurangnya mampu menampung beban menguruskan pusat pengajian. Tetapi…bezanya di sini ialah :
“Janganlah sampai pusat pengajian mengambil kesempatan dan menekan kalangan pelajar dengan kos-kos yang membebankan”
Dan itu sebablah kami kurang bersetuju sistem pendidikan di Malaysia terlalu dikomersialkan. Kerajaan perlu meletakkan penanda aras kos pengajian yang boleh ditawarkan kepada pelajar terutamanya melibatkan kolej-kolej swasta dan KPInya terus dipantau daripada masa ke semasa.
Kami sendiri yakin dan percaya, Insyaallah kerajaan sekarang boleh melakukannya jika dasar kewangan negara diurus dgn betul, benar-benar dilihat menentang rasuah. Kerajaan mesti melihat anak muda belia yang belajar di pusat pengajian tinggi ini merupakan aset negara untuk membantu membangunkan ekonomi negara kelak.
- Sekarang KDNK Malaysia sudah mencapai 53%
- Jikalau mahu diberikan pendidikan percuma daripada peringkat bawah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Maknanya kena bayar jugalah kan? Pakai duit juga.
- Ini semua memerlukan perbelanjaan yang besar
Sepatutnya bagi kami, KDNK negara perlu diperbetulkan terlebih dahulu. Apabila dah stabil atau bebas hutang, barulah berfikir ke arah penawaran dan sumbangan besar untuk dipulangkan semula kepada rakyat.
Pihak pembangkang perlu perjelaskan secara terperinci bagaimana bentuk tawaran pendidikan percuma mahu dilaksanakan kepada rakyat? Bila jangka masa mahu dilaksanakan. Sebagai contoh kami lihat, janji Pakatan Rakyat mahu menurunkan harga minyak. Persoalan yang kami cuba timbulkan di sini adalah :
- Berapa banyak harga minyak boleh dikurangkan. 5, 10 sen? Itu pun dinamakan pengurangan juga, bukan?
- Ketika mahu buat penawaran kepada rakyat, angka & datanya biarlah jelas.
Sebenarnya bukan tak bagus diberikan pendidikan percuma. Bagus, memang bagus. Masalahnya, kurang realistik pada masa sekarang. Berjanji memang sesuatu yang menyeronokkan. Jangan disebabkan mahu mengejar kuasa, Pakatan Rakyat terus menabur janji, sehingga menyebabkan beberapa aspek penting lain diketepikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.