Halaman

Khamis, 5 April 2012

Kerajaan serius tingkatkan pendapatan rakyat dua kali ganda

BERITA HARIAN ONLINE


SUNGAI PETANI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) serius dan komited untuk menjadikan Malaysia negara dengan pendapatan rakyat meningkat dua kali ganda kepada US$19,000 atau hampir RM60,000 setahun pada tahun 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu kerajaan BN tidak akan membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan kos sebaliknya memberi jaminan akan menunaikan janji yang dibuat. "Kerajaan BN sentiasa memikirkan cara, usaha dan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat malahan Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak banyak menyentuh kepentingan rakyat.

"Dalam masa lapan tahun lagi, sasaran pendapatan mesti meningkat dua kali ganda," katanya ketika berucap pada perjumpaan khas Timbalan Perdana Menteri bersama peniaga kecil dan pemandu teksi seluruh Kedah di Padang Awam, Taman Ria, di sini hari ini.

Kira-kira 1,500 orang antaranya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Tekun, Suraya Yaacob, Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kedah, Datuk Azmi Lateh, hadir pada perjumpaan itu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.