Halaman

Selasa, 24 April 2012

Kes qazaf: 3 pihak bantah permohonan semakan Anwar

KHALILAH GUSTI HASSAN


KUALA LUMPUR - Tiga pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan bantahan awal di Mahkamah Rayuan Syariah di sini, terhadap permohonan semakan yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Bantahan itu bagi memohon mahkamah membatalkan permohonan semakan Anwar, Ketua Pembangkang, berhubung keputusan mahkamah yang menolak pertuduhan qazaf yang difailkannya terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Dua yang lain ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.