Laporan jawatankuasa pilihan khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya (PSC) yang dikeluarkan hari ini mengandungi cadangan jangka panjang yang positif tetapi kurang cadangan spesifik untuk jangka pendek, kata NGO pemantau pilihan raya.
"Kami berpandangan berkembangannya tanggapan negatif terhadap pendaftaran pengundi dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang membentuk krisis keyakinan yang besar dalam sistem pilihan raya kita," kata pemangku pengerusinya K Shan.
Shan juga menegaskan cadangan hasil audit bebas yang dikendalikannya bersama badan penyelidik Merdeka Centre baru-baru ini, antaranya meminda Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 yang tidak membenarkan daftar pemilih yang dimuktamadkan dibawa mahkamah.
NIEI juga menuntut akta itu dipinda bagi membolehkan daftar pemilih digazetkan secara menyeluruh termasuk di Internet dan boleh disemak orang awam dalam masa 14 hari.
Laporan PSC mencadangkan beberapa perkara, termasuk pembubaran Parlimen selepas empat tahun pilihan raya umum sebelumnya, membuat panduan jelas untuk kerajaan sementara dan penetapan syarat untuk pengundi pos luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.