MALAYSIA KINI
Menteri hal ehwal agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil menyokong pendedahan video oleh bekas exco hal ehwal agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang mendakwa kewujudan gerakan mengkristiankan orang Islam.Akhbar Utusan Malaysia memetik Jamil sebagai berkata video berkenaan "bukan satu lakonan dan sengaja dibuat-buat."
Katanya lagi, gerakan memurtadkan penganut Islam itu juga merupakan satu "kebenaran" dan "tidak patut berlaku dalam kalangan umat Islam."
"Kerajaan akan segera mengambil tindakan berhubung pendedahan terbabit selain terus bekerjasama dengan jabatan Islam di peringkat negeri untuk melakukan penguatkuasaan termasuk pemantauan lebih rapi," katanya.
Dakwaan oleh saksi dalam video yang didedahkan Hasan itu juga disahkan pengarah ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam , Datuk Othman Mustapha, lapor akhbar Berita Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.