Sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri, perlu
dibincang dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana
melibatkan banyak pihak.
Sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri, perlu dibincang dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana melibatkan banyak pihak.
“Jika perlu diubah atau sebagainya, mereka (pembangkang) haruslah menyerahkan cadangan berkenaan kepada pihak berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan hasrat untuk memansuhkan pinjaman PTPTN serta-merta jika pembangkang diberi mandat sebagai kerajaan pusat selepas pilihan raya umum ke-13.
Sementara itu, Abdullah berkata program mini karnival seperti yang dilaksanakan hari ini perlu diperluaskan ke semua kawasan parlimen terutamanya di luar bandar.
“Pelbagai maklumat berkaitan kerajaan dapat disalurkan kepada orang ramai menerusi mini karnival seperti ini dan ia perlu diperluaskan supaya usaha kerajaan mendekati golongan sasaran tercapai,” katanya.
Lebih 500 orang menghadiri mini karnival itu anjuran bersama Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri dan pejabat Anggota Parlimen Kepala Batas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.