Jika terdapat huraian yang tepat pada sistem pendidikan negara kita, ia ialah "mimpi ngeri yang tidak berkesudahan."
Kebanyakan rakyat Malaysia tertakluk kepada mimpi ngeri ini, sebahagiannya selama 11 tahun dan lain-lain, 13 tahun. Tidak ramai daripada kita yang bernasib baik untuk dididik di luar negara, di sekolah-sekolah swasta atau sekolah antarabangsa yang memenuhi keperluan mereka yang berkemampuan. Anda mesti mempunyai ibu bapa yang kaya untuk melarikan diri dari sistem pendidikan kebangsaan yang telah direka untuk semua.
Kem ketenteraan
Kita semua memulakan sekolah sebagai anak kecil berumur tujuh tahun yang naif dan ingin tahu. Sebuah dunia baru akan bermula di hadapan kita. Sekolah telah dianggap sebagai tempat untuk menimba ilmu dan kemahiran untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan membesar menjadi individu yang unik. Secara jujur, berapa ramai di antara kita mendapatkan apa yang kita perlu dari ssekolah? Saya tidak.
Sekolah-sekolah kita menjadi kem tentera melahirkan warganegara yang patuh dan taat secara besar-besaran. Kami telah dilatih untuk tidak menyoal dasar atau undang-undang. Sebagai contoh, apabila sekolah menetapkan dasar tertentu atau rukun yang anda fikir tidak adil atau logik, bolehkah anda pergi ke pejabat pengetua dan menuntut penjelasan atau penundaan sehingga kata sepakat dicapai? Tidak, anda tidak boleh berbuat demikian, bukan sebagai ibu bapa dan apa lagi sebagai seorang pelajar. Dasar ialah dasar; peraturan adalah peraturan. Ikut sahaja apa yang telah ditetapkan jika tidak ambil beg anda dan pergi.
Beberapa sekolah memerlukan semua pelajar perempuan memakai baju kurung pada hari Jumaat walaupun anda bukan seorang Muslim. Bagi Pendidikan Jasmani, semua lelaki dan perempuan dikehendaki memakai seluar panjang. Seluar pendek tidak dibenarkan walaupun cuaca panas terik dan anda berpeluh. Pelajar bukan Islam tidak dibenarkan membawa makanan tidak halal ke kantin sekolah. Banyak masalah tetapi jawapannya tetap sama, "Tidak dibenarkan atau tak boleh!"
Tidak dibenarkan, tak boleh!
Di sekolah, kita tidak digalakkan untuk menjadi individu yang unik. Apabila saya berumur 16 tahun, terdapat satu pertandingan penulisan Bahasa Inggeris. Semua pelajar menulis esei. Saya ingin lain sedikit, saya menulis puisi pula. Puisi saya adalah mengenai seorang lelaki yang tidak bersalah yang salah dituduh jenayah yang tidak melakukannya dan dijatuhkan hukuman mati. Sudah tentu topik ini tidak bagus dengan guru.
Saya telah dipanggil dan dimarah teruk. "Lain kali tulislah sesuatu yang biasa seperti cita-cita, perjalanan ke pantai atau kebakaran di kawasan kejiranan anda, jangan menulis perkara-perkara kontroversi yang boleh takutkan rakyat," guru tersebut menjerit dan melemparkan kerja saya.
Dari kementerian pendidikan, pengetua sekolah, guru-guru hinggalah pengawas, mereka hanyalah sekumpulan orang gila. Dasar dan peraturan keras ditetapkan. Mana-mana pelajar yang ditangkap menentang mereka akan dihukum. Di negara ini, dihukum bermakna dirotan buntut atau tapak tangan, ditampar muka, ketuk ketampi dengan tangan yang menarik telinga, dipaksa berlari sekeliling padang, berdiri di bawah panas matahari, didenda satu atau dua ringgit atau mencuci tandas dan mengutip sampah. Saya pasti ramai antara anda yang pernah dengar hukuman yang disebut.
Yang miskin dibuli
Jika anda datang dari keluarga miskin atau jika anda tidak mempunyai penampilan yang rapi, malang sekali - anda adalah sasaran buli. Semasa kecil, saya sering didera secara fizikal oleh sesetengah guru semata-mata kerana mereka tahu bapa saya adalah miskin, tidak berpelajaran dan dia tidak dapat berbuat apa-apa kepada mereka. Mereka tahu mereka boleh bebas membuli kanak-kanak daripada keluarga miskin kerana keluarga ini semuanya tidak berani membuat aduan terhadap mereka.
Ia agak teruk juga bagi kanak-kanak kurang upaya pembelajaran yang dimasukkan ke dalam sebuah sekolah biasa. Anak perempuan saya memberitahu saya tentang satu insiden semasa perhimpunan sekolah. Seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari kelas lain telah dipanggil untuk dirotan di hadapan pelajar lain kerana dia tidak menyiapkan projek seni. Apabila namanya dipanggil, dia enggan untuk keluar.
Akhirnya, guru disiplin mengarahkan beberapa pengawas untuk mengheretnya keluar. Budak yang kasihan itu melawan dan mengerang semasa guru tersebut merotan punggungnya. Seorang rakan sekelasnya, perempuan, berdiri dan berkata dengan berani, "Guru, tolong jangan hukum budak ini lagi. Dia adalah seorang pelajar yang lembap dan dia mengalami kesukaran dengan kerja rumahnya. "
Hanya selepas itu, sebatan dihentikan tetapi budak itu mencangkung dan menggigil ketakutan. Dia mennagis teresak-esak dan merayu sedih. Tidak perlu dikatakan, seluruh pelajar lain tertekan dengan apa yang mereka lihat. Mereka tidak berdaya dan trauma. Anak perempuan saya dan beberapa budak perempuan lain menangis.
Melahirkan raksasa
Saya tidak akan melompat gembira jika anak saya telah dipilih untuk menjadi pengawas sekolah. Semasa sekolah rendahnya, anak perempuan saya telah dipilih sebagai pengawas tetapi saya berjumpa gurunya keesokkan hari dan memberitahunya untuk menggugurkan anak perempuan saya dari daftar pengawas.
Sudah tentu guru itu terkejut dan bertanya mengapa, "Ramai ibu bapa mahu anak-anak mereka menjadi pengawas, anda sepatutnya gembira anak perempuan anda telah dipilih!" katanya. "Terima kasih tetapi tidak mengapa. Saya tidak mahu anak perempuan saya menjadi pembuli, seperti pengawas lain yang anda ada sekarang. Saya mahu dia terus menjadi anak yang menyenangkan." Dia ternganga tetapi akhirnya mengalah. Saya melihat dengan mata saya sendiri, bagaimana pengawas, sesetengah remaja berusia sepuluh tahun, menjerit dan mengutuk rakan sekolah supaya mereka beratur.
Adalah jelas sekolah Malaysia tidak melatih pelajar mereka untuk menjadi kreatif, mempunyai kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran komunikasi atau kemahiran menyelesaikan masalah. Sebaliknya kita telah dilatih untuk menghafal dan memuntahkan fakta hanya untuk mendapatkan A yang banyak dalam peperiksaan awam.
Di penghujung hari, teka siapa yang paling banyak dapat faedah? Adakah kita masih mahu sistem pendidikan seperti ini untuk generasi akan datang? Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.