KUALA LUMPUR- Felda Global Ventures Holdings (FGVH) akan
disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia tanpa pembabitan Koperasi
Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), kata Pengerusi FELDA, Tan Sri
Mohd Isa Abdul Samad.
Isa berkata, FELDA memutuskan untuk mengeluarkan KPF berikutan kesuntukan masa untuk penyenaraian FGVH yang dijangkakan akhir Mei atau awal Jun ini.
Katanya, ia juga disebabkan kekangan masa yang tercetus akibat injunksi yang dibuat lapan peneroka bagi menghalang KPF membuat sebarang keputusan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) berhubung penyenaraian itu.
"Meski pun KPF tidak terbabit akan ada satu badan khas ditubuhkan untuk menjaga kepentingan peneroka dan badan ini akan mewakili peneroka dalam FGVH.
"KPF bagaimanapun akan dimasukkan ke dalam FGVH sebagai pemegang saham kemudian," katanya pada taklimat media berhubung penyenaraian FGVH di sini, hari ini.BeritaHarian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.