HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 April 2012

Polis guna gas pemedih mata surai peserta Bersih

Wartawan Sinar Harian

Polis guna gas pemedih mata surai peserta Bersih
 
Peserta dan penyokong cuba bergerak keluar dari kawasan berhampiran selepas polis melepaskan gas pemedih mata sekitar 3.15 petang tadi. Foto ihsan oleh Fareez K.Intidzam
 
 
KUALA LUMPUR - Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong-penyokong perhimpunan Bersih 3.0 di beberapa kawasan di ibu negara termasuk di Dataran Merdeka sebentar tadi.

Difahamkan kira-kira 100 orang, yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0, dipercayai ditahan berhampiran kawasan Dataran Merdeka petang ini selepas tidak mematuhi arahan polis dan merempuh sekatan yang didirikan.

Difahamkan sebahagian daripada mereka juga kanak-kanak.

Polis dijadual mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

AKAN MENYUSUL

Tiada ulasan: