Agos berkata, pelajar yang tamat pengajian seharusnya tidak mempunyai masalah membayar semula wang tersebut sekiranya menjadikannya satu keutamaan.
"Antara sebab kenapa ada sesetengah individu yang tidak bayar bukan kerana mereka tidak mampu, tetapi mereka tidak memberi keutamaan untuk membayar wang pinjaman PTPTN.
"Jadi kami menggunakan kaedah senarai hitam dan tidak boleh ke luar negara kepada individu yang tidak membayar pinjaman PTPTN sebagai langkah untuk mengutip hutang. Kita profesional, bukan pakai Ah Long," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.